Video - “Awak merajuk ke sembahyang?” – Bapa bebel, anak merajuk tak dapat makan daging Skip to main content

Video - “Awak merajuk ke sembahyang?” – Bapa bebel, anak merajuk tak dapat makan daging

Biasanya, membebel ni dikaitkan dengan para ibu. Tidak kiralah apa perkara sekalipun, jika dilihat salah atau tidak betul, pasti ada sahaja yang nak dibebelkan. Selalunya yang jadi mangsa sama ada anak atau suami. Namun, sebaliknya pula yang terjadi dalam kisah ini.

Pelakon, Fikry Ibrahim ada berkongsi satu video mempamerkan gelagat seorang bapa ‘membebel’ pada anaknya, menerusi sebuah posting video di laman Twitter.

Dalam video itu, kelihatan si bapa sedang menjamu selera sambil mulutnya tidak berhenti membebel kepada anaknya di sebelah yang berdiri tegak dengan mimik muka masam mencuka, muncung tajam dan mata merenung ke lantai.

Kenapa pula tu?

“Papa tegur awak sebab papa sayang, tak bolehlah macam ni tegur sikit merajuk, tegur sikit merajuk. Dah daging tu keras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang.

“Lagi awak nak mengunyah. Awak mengunyah pun tak betul lagi lepas tu awak nak makan daging macam orang besar,” kata si bapa.

Oh, rupa-rupanya si ayah membebel kepada anaknya yang sedang merajuk hanya kerana tidak dibenarkan makan daging.

Menurut percakapan bapanya, anak kecil itu kehilangan gigi hadapan sebanyak dua batang dan masih belum boleh mengunyah dengan baik.

Namun begitu, dia tetap berdegil mahu makan daging dan apabila dilarang, dia pun merajuk. Apa lagi, bapanya yang risau terus menegur sehingga membuatkan anak berusia dua tahun itu merajuk.

Tegur sebab sayang

Betul juga tindakan si bapa, daging kan ‘liat’. Anak pun baru umur dua tahun, nak mengunyah pun belum pandai lagi. Jadi, ibu bapa mana yang tidak risau buatnya anak tercekik nanti. Nauzubillah!

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuit hati warganet adalah tatkala si bapa bertanya kepada anaknya itu:

“Awak merajuk ke awak tengah sembahyang?” ujar si bapa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Fikry terbabit. Ramai juga yang memuji kecomelan gelagat anak-beranak berkenaan.

Bila bapak bebel lagi berkesan dari mak

Jarang dengar bapak2 bebel macam ni

Jarang betul bapa bebel ni! Comel sangat lihat gelagat mereka. Harap-harap si anak itu dengar cakap bapa. Apa pun ingat, tegur sebab sayang tau.

Sumber: Twitter Fikry Ibrahim

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari