Selalunya anak-anak yang baru pertama kali hendak masuk ke tadika atau pun sekolah pasti saja mempunyai ragam tersendiri. Bayangkan dalam perjalanan dihantar pun, ada yang sudah meraung. Tapi lain pula yang terjadi dengan gelagat seorang bapa ini yang telah berjaya mencuri perhatian ramai.
Habis teriak si bapa lepas hantar anak masuk tadika…Sekolah sampai tengah hari je pon
Menerusi satu perkongsian video TikTok, Deeyla Rusly dilihat sempat merakam detik-detik sayu suaminya yang menangis setelah menghantar anak mereka ke tadika. Walhal, si kecil itu hanya bersekolah sehingga jam 12.30 tengah hari sahaja dan ini merupakan kali pertama Humaira bakal dibawa ke jagaan pihak lain iaitu guru sepanjang dibesarkan oleh ibu dan bapanya.
Anak asyik tanya, tercari-cari bapa kat mana…Nampak je datang ambil terus nangis
Ketika video tersebut dirakam, sudah hampir 30 minit lelaki tersebut menangis selepas tinggalkan anak mereka. Anak sulungnya juga tidak ketinggalan membebel apabila melihat gelagat si ayah. Selepas dihantar ke tadika, Humaira turut tercari-cari keberadaaan ayahnya dan ada bertanyakan kepada guru.
@deeylarusly Sedih kena tinggal anak..😂 #bspeciale #foryoupage #youngcreator #fyp #playschool #taski #sad #saddad @aiimeruljuanim
♬ original sound - Maslina Meor Radhi
Tak boleh bayang kalau anak dia kahwin nanti macam mana…Risau nak lepaskan tu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian berkenaan. Meskipun itu, ramai juga yang memahami perasaan lelaki itu terutamanya apabila anak-anak sudah mula makin membesar dan pandai mandiri.
Sumber: TikTok Deeyla Rusly
Comments
Post a Comment