Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5” Skip to main content

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari!

Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya.

Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam.

“Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk.

“Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk.

Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai.

Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia.

Ngah, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, berkata dia memadam video tersebut kerana tidak mahu timbul isu lain selain enggan meraih simpati orang ramai yang melihat kehidupan mereka dua beranak.

“Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini.

“Selama ini saya tak kongsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak kongsi dengan orang ramai, tetapi bila dah viral saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai apa yang ditonjolkan dalam video tersebut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memotong rumput pada sebelah petang.

Dengan wang RM5 tersebut, dia membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4.

Sering melayan gelagat si anak yang memerlukan kasih sayang.

“Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput.

“Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis… Alhamdulillah… dia tak membazir.

“Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan. Masa tu la iba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?” ujarnya.

Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.

Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini

NGAH MISNUM

Tambahnya, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.

Jelasnya, sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih dan tidak memberontak.

“Saya tak pernah pukul dia, hanya nasihat saja itu pun dalam nada bergurau bimbang dia terasa hati atau memberontak.

“Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam,” katanya.

Tampil membuat video yang meminta orang ramai mendoakan mereka.

Dalam pada itu, Ngah juga memohon maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.

Malah dia berharap netizen akan berhenti mengecam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

“Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak mohon maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan,” katanya.

Bagaimanapun, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.

“Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.

“Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat,” katanya yang sering berkongsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.



“Papa makan nasi tak ada lauk?”

Terdahulu Video TikTok tersebut memaparkan seorang anak yang memberitahu bahawa dia baru saja makan nasi selepas si bapa membelikan lauk buatnya.

Apabila si anak menjenguk apa yang bapanya sedang makan, si anak kemudian terkejut dan bertanya mengapa bapanya makan nasi tanpa lauk pula?

Si bapa selepas itu dilihat sedaya upaya cuba menyembunyikan dirinya daripada dirakam anak dan menjawab dia makan nasi dengan lauk walaupun jelas kelihatan pinggan tersebut hanya berisi nasi tanpa sebarang lauk. Aduhai sedih

Video itu telah mendapat perhatian netizen yang sangat bersimpati dengan nasib anak beranak ini. Malah ada juga di kalangan netizen berkongsi video lain anak beranak tersebut yang kelihatan sangat bahagia walaupun hidup dalam kesus4han.

“Dia delete video sebab ada yang t0xic cakap dirancang”

Sebaik saja video tersebut viral, netizen katanya telah mengec4m individu terbabit dengan anaknya yang dikatakan sengaja merancang adegan tersebut untuk meminta simpati orang ramai.

Walau bagaimanapun, Nisa yang berkongsi video lelaki berkenaan di Twitter berpendapat kejadian tersebut benar-benar berlaku dan dua beranak itu hanya mahu berkongsi kehidupan seharian mereka di media sosial.

Menerusi info yang diterimanya juga, lelaki terbabit dan anaknya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu dan bersama netizen lain juga berhajat untuk memberi sumbangan kepada keluarga itu.

Hargai kasih sayang dan peng0rbanan seorang ayah

Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak

Kita haruslah menghormati ayah dan menghargainya. Jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya. Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.

Dalam al-Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menjelaskan bahawa kita sewajarnya menghormati kedua ibubapa. Surah al-Nisa’ ayat 4:36, Allah berfirman: “dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa”.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah perintahkan umatnya supaya berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah swt. Dengan lebih jelas lagi, Allah memerintahkan kita supaya mentauhidkan-Nya iaitu dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya sahaja, kemudian Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Allah swt meletakkan kedudukan ibubapa ditangga ke-dua selepas perintah mentauhidkan-Nya. Begitulah penjelasan Allah tentang besarnya kedudukan ibubapa.

Oleh itu hargailah ibubapa, dan berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih ada. Hargailah pengorbanan ayah walaupun mereka dia tidak selalu dengan kita, tetapi dia juga banyak bekorban mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Demi anak ayah sanggup berhujan berp4nas, dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi.

sumber: trending sangat

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa