Tak dinafikan, lihat saja kehadiran pihak berkuasa pasti ramai yang dah mula cuak bimbang disaman atau terkena kompaun kan? Kalau di sekatan jalan raya pun dah naik risau, apalagi jika tiba-tiba ternampak mereka sedang periksa barang atau kenderaan milik sendiri.
Anggota JPJ nampak ada lori parkir tepi jalan…Tapi pemandu takde pulak
Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok, beberapa anggota JPJ dilihat sedang menyemak sebuah lori yang telah diparkir di tepi jalan yang tidak dinyatakan lokasinya. Sambil menulis sesuatu di atas kertas, mereka beberapa kali menjenguk ke arah kenderaan berkenaan manakala pemandunya pula tidak kelihatan.
@tamjenggot Drivernya joĺok jolok manga😂😂😂😂
♬ bunyi asal - MAMASempoi🌹SYAFIQ💞 - MYSWEET ❤️😘🌹🌹LIEZA🌹
Sekali driver ada je dekat dengan anggota tu…Tapi tengah berlakon kait buah mangga
Tanpa disangka-sangka, rupanya pemandu lori terbabit sebenarnya cuma ada berhampiran. Sebaik ternampak kelibat pihak berkuasa, dia dengan selamba berlakon kononnya sedang mengait buah mangga. Gara-gara sibuk mengambil maklumat serta gambar lori itu, kedua-duanya langsung tidak perasan individu tersebut.
@tamjenggot part 02 drivernya pura pura jolok mangga dr depan cctv😁😁😁😁
♬ Baru Betul - Akar
Kuat wayang, boleh pergi jauh lakonan ni…Kena standby guni kutip buah pulak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat nakal pemandu lori berkenaan. Malah mereka turut berseloroh lelaki tersebut berhati kering apabila konon berpura-pura memberi reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment