Video - Dua lelaki kantoi dipercayai nak Menyamun, sempat bagi alasan dengan tuan rumah Skip to main content

Video - Dua lelaki kantoi dipercayai nak Menyamun, sempat bagi alasan dengan tuan rumah

Dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 semakin berleluasa ini, ramai individu yang terkesan lebih-lebih lagi dari segi ekonomi berhubung berkurangnya peluang pekerjaan.

Dek kerana terdesak mencari rezeki dalam tempoh gawat ini, ada segelintir individu mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah seperti merompak, meragut atau menyamun orang lain.

Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki memakai helmet dipercayai ‘kantoi’ menyamun sebuah rumah telah menjadi tular di laman sosial Twitter.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @anthraxxxx dan gelagat lelaki berkenaan dipercayai dirakam oleh tuan rumah tersebut, iaitu pasangan suami isteri yang menaiki kereta.

Difahamkan lagi, mereka baru tiba di rumah dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di hadapan rumah mereka manakala seorang lagi, sudah berada di dalam pagar rumah.

“Ini saya punya rumah tau!” jerit wanita dalam kereta tersebut.

Bagaimanapun, apa yang tidak masuk akal adalah jawapan keduadua lelaki itu apabila ditanya alasannya masuk ke dalam rumah mereka:

“Sorry saya tengok sampah sahaja, dalam tak curi,” jelas lelaki itu, mempertahankan diri.

Walhal, mengikut kenyataan pemilik rumah, sampah biasanya diletakkan di luar. Ikut logik, mana ada orang ambil sampah sampai masuk ke dalam rumah.

Takut akan gertakan pasangan terbabit, mereka meminta maaf dan menaiki motor segera beredar dari rumah berkenaan.

Harap diorang tak buat lagi lepas diberi ‘peluang kedua’

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap kedua-dua ‘penyamun’ itu berubah setelah diberi ‘peluang kedua’ oleh pasangan terbabit.

Namun ada juga yang berspekulasi jika pasangan itu bukan tuan rumah berkenaan, maka tindakan mereka adalah sesuatu yang baik kerana prihatin terhadap jiran sekeliling.

Siap minta maaf

Terharu tengok kerjasama tak kira bangsa nak ‘menyamun’

Baik betul tuan rumah tu, tak buat apa-apa tindakan cuma gertak sahaja. Harap-harap mereka berubah lepas ini.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a