Video - Guna Akaun FB Isteri Untuk Komen Tak Senonoh Dalam Live Ismail Sabri. Suami Tampil Beri Penjelasan Sebenar Skip to main content

Video - Guna Akaun FB Isteri Untuk Komen Tak Senonoh Dalam Live Ismail Sabri. Suami Tampil Beri Penjelasan Sebenar

Seorang wanita kesal selepas akaun Facebooknya digunakan oleh suaminya untuk memberi komen berbaur lucah di siaran langsung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Perkara tersebut menjadi tular selepas komen berkenaan dikec4m teruk oleh ramai pengguna Facebook.

Bagaimanapun, pemilik sebenar akaun tersebut yang dikenali sebagai Dilla, telah memuat naik satu hantaran status bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Akaun Facebook itu milik saya, Puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang perempuan yang beragama Islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri.

“Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu. Walaupun saya telah padam, benda dah tersebar. Saya rasakan ini ujian bagi saya. Allahuakbar,” katanya.

Beberapa jam selepas kenyataan pemilik akaun sebenar itu dimuat naik, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada wanita terbabit telah memuatnaik sebuah klip video pengakuan dan memohon maaf

“Saya sebenarnya yang menulis komen itu menggunakan telefon isteri saya tanpa pengetahuannya.

Sebenarnya, komen itu ditujukan kepada pihak kerajaan agar segera tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya minta abaikan komen tersebut.

Saya akui status itu tidak elok dibaca oleh orang ramai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi lapan minit.

Menurutnya, komen itu telah dipadam kira-kira 10 minit kemudian tetapi sempat dirakam oleh pengguna lain.

Difahamkan, akaun Facebook milik kedua-dua pasangan suami isteri itu kini telah dinyah aktif.

SUAMI TAMPIL MOHON MAAF DAN JELASKAN KENAPA DIA BUAT BEGITU


Sumber : KOSMO ONLINE

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari