Video - Isma Yusoof buat pengakuan berani “Saya Bangga Saya Pondan” Skip to main content

Video - Isma Yusoof buat pengakuan berani “Saya Bangga Saya Pondan”

Nama pengarah dan pelakon berbakat, Isma Yusoof pernah popular satu ketika dahulu apabila berjaya menghidupkan pelbagai watak sehingga terbawa-bawa dalam hati penonton.

Terbaru, pemilik nama Azma Aizal Yusoof itu telah menggemparkan industri hiburan apabila dengan beraninya mengaku dirinya adalah seorang transgender.

Malah, pengarah berusia 38 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak peduli akan kecaman yang dilemparkan masyarakat terhadapnya.

Isma memuat naik sebuah video di IGTV miliknya berkata dia ingin menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura di hadapan orang lain. Bahkan, dia mengaku bahawa dia hanya tertarik kepada lelaki.



“Saya bangga saya PONDAN. Saya hanya tertarik kepada lelaki maskulin. Insyaallah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon drama Emil Emilda itu meluahkan ramai yang mempersoalkan suara dan wajahnya seperti seorang lelaki, tidak seperti transgender lain.

Isma membidas persoalan mereka dengan menegaskan bahawa seorang ‘transgender’ lelaki tidak semestinya perlu mengubah penampilan mereka dengan memakan hormon, jalani pembedahan plastik sana-sini semata-mata nak menjadi seorang wanita.

Ada yang persoalkan suara saya, cakap muka saya ini muka jantan. Tak macam Sajat atau pondan-pondan yang makan hormon.

“Kenapa nak kena makan hormon? Bila korang tak terima transgender ini korang hanya terima wanita dan lelaki, itu yang pondan ramai makan hormon.

“Potong itu, potong ini, operate sana sini menjadi wanita untuk masyarakat terima. Saya gembira dengan wajah, badan dan suara saya.

“Tak perlu nak kepit suara sebagainya, oh tidak. Tetapi kalau berlakon kena kepit, saya kena kepitlah,” dedahnya.

Ujar Isma lagi, sebelum ini dia pernah didatangi wanita yang ingin cuba kembalikannya sebagai lelaki namun dia menolak dan terima bahawa dirinya adalah seorang transgender.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan Isma dan mengucapkan tahniah kerana jujur dengan diri sendiri dan berterus-terang dengan peminat.,

Tahniah awak jujur dengan diri sendiri

Dulu okay je, sekarang kenapa baru macam ni

Namun begitu, ada juga yang mempertikaikan kenapa dia ‘berubah’ sebegitu rupa, walhal Isma ada menjelaskan bahawa sejak kecil lagi dia sudah berpewatakan demikian. Cuma dalam lakonan sahaja, dia terpaksa menukar personalitinya dan menjiwai setiap watak yang diberikan.

Terdahulu, Isma pernah didakwa memukul pelakon Ika Nabella kerana mahu aktres itu menjiwai watak selain menafikan kejadian tersebut berpunca daripada masalah gangguan bipolar yang dialami sejak tahun 2009.

Sumber: Instagram Isma Yusoof

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me