[VIDEO] Jiran Buang Kucing Termasuk Laman Rumah, Tuannya Meraung Bagai Nak Gila Skip to main content

[VIDEO] Jiran Buang Kucing Termasuk Laman Rumah, Tuannya Meraung Bagai Nak Gila

Bagi pemelihara kucing, sesetengahnya lebih gemar mengurung si bulus mereka di dalam rumah atas sebab tertentu. Bukan sahaja demi mengelakkan risiko dicuri lagi-lagi yang berbaka comel, malahan mampu menghalang haiwan itu merayau bebas hingga mengotori rumah jiran dengan berak atau kencingnya. Meskipun begitu, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk menganiaya binatang persis sebuah video yang tular di TikTok ini.

Terima kasih buang kucing aku…Hanya masuk halaman rumah, bukan berak atau kencing

Menerusi perkongsikan seorang wanita ini, hatinya luluh apabila kucing kesayangan yang diberikan nama ‘Adik’ telah dibuang angkara jirannya sendiri. Lebih mengejutkan, tindakan terbabit dilakukan kerana haiwan itu dikatakan melangkah masuk ke dalam halaman kediaman tetangga. Setelah bertanya dari satu rumah ke satu rumah lalu mendapat jawapan, dia bergegas pergi ke lokasi pembuangan tersebut dan akhirnya menjumpai semula meow terbabit.

@dlailabridal

Dia nyawaku tempatku mencurah kasih- 'adik' #pencintakucingkampung #fypシ #fyp #catlover

♬ original sound - dlailabridal8

Sampai hati buang anak saya…Maafkan ibu sayang 

Rakaman ini bertambah pilu apabila wanita berkenaan kedengaran meraung-raung saat kucing itu cuba dibawa keluar melepasi pagar. Sempat meminta maaf di atas kelakukan haiwan peliharaannya, namun dia begitu sebak kerana jirannya tergamak berbuat sedemikian rupa hanya kerana sebab yang begitu kecil. Kehilangan sementara si ‘Adik’ yang sudah dianggap ibarat anak sendiri menjadikan wanita ini separuh gila kerana dia benar-benar menyayangi kucing tersebut.

@dlailabridal

Maafkan ibu sayang 😭#pencintakucingkampung #fyp #fypシ

♬ Abadi selamanya - Sayang🌻

Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari