Dalam urusan mencari jodoh, tiada siapa boleh menjangka apa yang akan berlaku. Bahkan ada kalanya pengenalan yang tidak disangka-sangka akhirnya menyatukan dua hati di jinjang pelamin. Begitulah juga dengan kisah yang dicerita oleh seorang wanita ini.
Kenal di Facebook…pengantin first time jumpa masa akad nikah
Menerusi TikTok, Aina Arisya berkongsi moment gembira tentang hubungan singkat rakan baiknya yang mesra disapa Eyzan tatkala mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi Facebook. Menariknya lagi, couple berkenaan tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh tersebut. Gara-gara itu, membuatkan wanita tersebut gemuruh untuk bertemu dengan bakal suaminya buat pertama kali di majlis ijab kabul.
@ainarisya7 Repost video hari ahad. Alhamdulillah. Tahniah sahabat @nms1212 #bercintalepasnikah so aku rasa macam nak mencuba ke next step plk. 5thn single ni 🙏
♬ original sound - Ain Arisya776
Pengantin tertundu malu… kekok masa sesi membatalkan air sembayang
Anggun mengenakan busana pink lembut, kedua-dua mempelai ini akhirnya disatukan dalam majlis yang cukup sederhana pada 21 Februari lalu. Namun lucunya, si suami dilihat sedikit kekok tatkala mahu memberikan kucupan di dahi isterinya sendiri. Tidak hanya itu, Eyzan juga tertunduk malu lelaki berkenaan mendekatinya.
@ainarisya7 Reply to @nms1212 part 2 both malu2 kucing. Pertemuan pertama mereka melalui AKU TERIMA NIKAHNYA. Happy for u
♬ original sound - Ain Arisya776
Our first date with “Aku terima nikahnya”… Alhamdulillah semuanya dipermudahkan
Sementara itu, Eyzan menerusi laman Facebooknya meluahkan rasa syukur atas moment bermakna tersebut. Dedahnya lagi, sewaktu di awal perkenalan si suami telah mengajaknya untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan. Namun, selepas melakukan solat istikharah dia akhirnya bersetuju dan meminta restu daripada orang tua.
ASSALAMMUALAIKUM .... 21/02/2021 A Date To Remember. A Sweet Ending To The Beginning Of Our New Journey. Alhamdulillah...
Posted by Kecik Acuu on Sunday, February 21, 2021
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment