Video - Menjual Sambil Buat TikTok Di Gerai, Popia Burgedil Dapat Sambutan Ramai Skip to main content

Video - Menjual Sambil Buat TikTok Di Gerai, Popia Burgedil Dapat Sambutan Ramai

Umum sedia maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang masih bersambung semenjak tahun lalu. Oleh itu, ramai yang mengambil inisiatif baru untuk menjalankan perniagaan sendiri, terutamanya jualan yang melibatkan makanan.

Begitu juga dengan 3 beradik ini yang memberi tarikan ramai orang apabila menjalankan bisnes sambil berTiktok. Malah, mereka juga mewujudkan kelainan dengan memperkenalkan menu popia bergedil, yang pastinya lain dari yang lain, kan?

Idea asal untuk menu itu adalah daripada kakaknya yang dikenali sebagai Afiera Riana Agoes Riauwaldy, 29. Dia secara spontan memberitahu mengenai idea itu sebelum dua adiknya, Afiefi Riani, 26 dan Ahmad Amin, 21 yang ingin turut membantu untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Pada awalnya, mereka hanya bermula dengan perniagaan online ketika awal PKP, tetapi disebabkan perniagaan semakin stabil,mereka mengambil keputusan untuk membuka gerai pada hujung tahun 2020. Semangat ni yang kita mahu!

Semua ni idea sendiri, tak sangka pula dapat sambutan. Gerai pertama kami di Prima Saujana, Kajang. Alhamdulillah sekarang kami buka gerai kedua di Ampang.

Lapor Mstar, Afiera juga merupakan seorang pelakon sambilan dan nyatakan dia tidak kisah jika ada mata-mata yang memandang rendah terhadap apa yang sedang dia lakukan kini.

Wanita ini turut berkata bahawa dia percaya pada konsep rezeki dan tidak pernah berasa malu meskipun harus berniaga dalam suasana panas di tepi jalan. Baguslah begitu..

Saya tak kisah jika orang pandang rendah kami berniaga tepi jalan. Nampak senang tapi susah sebenarnya. Kalau tauhu boleh sumbat,popia nak kena gulung

3 beradik ini turut mengakui ada segelintir pihak yang memandang rendah kerana berniaga di tepi jalan seolah tiada kelas, tetapi berkat sokongan ibu-bapa, mereka masih lagi meneruskan perniagaan di gerai tersebut.

Dalam pada itu, Afiera turut mengatakan bahawa majoriti pelanggannya merupakan pengikut di Tiktok yang sering menonton video dan adik-beradiknya.

Saya rajin buat video kat gerai,ada juga yang komen negatif termasuk pertikai mengenai aurat.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengendahkan kata kata orang dan percaya dengan rezeki yang rata-rata nya dari pengikut Tiktok sendiri. Dia juga mengatakan tak kisah jika dipandang kerana kepentingan mereka kepada bisnes dan asalkan tidak menganggu orang lain.

Bila datang gerai, mereka kata kenal dari Tiktok. Sanggup datang jauh-jauh. Terima kasih kepada semua yang berikan sokongan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Afiera turut memaklumkan bahawa dia juga ada perancangan untuk kembangkan lagi bisnes sehingga ke Bruneri dan Singapura sejurus tamat PKP nanti.

Semoga semuanya berjalan lancar ya buat peniaga-peniaga semua..

Kredit: mstar

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari