Video Mohon Maaf J&T Selepas Tular Pekerja Lempar Barang Pelanggan, Pihak Pengurusan J&T Tampil Beri Penjelasan Skip to main content

Video Mohon Maaf J&T Selepas Tular Pekerja Lempar Barang Pelanggan, Pihak Pengurusan J&T Tampil Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR: Syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.

J&T dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, insiden itu berlaku disebabkan sistem pengagihan bonus yang kurang jelas dalam kalangan kakitangan jabatan sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

"Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

"Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun," katanya dalam satu kenyataan.

J&T turut memaklumkan, disebabkan masalah itu ada segelintir kakitangan yang kurang jelas berhubung sistem pengagihan bonus, sekali gus menyebabkan pengagihan bungkusan secara kasar, selain menghasut pekerja melakukan gangguan bersama dan menyebarkan rakaman video di media sosial.

"Bagaimanapun, pihak pengurusan hub di negeri Perak segera menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku.

"Pada 5 Februari lalu, pekerja kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun dan memproses bungkusan pelanggan.

"Kami ingin menjelaskan, J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat, selain institusi yang terbabit," katanya.

Kenyataan itu juga berkata, J&T komited meningkatkan pampasan dan faedah pekerja dari semasa ke semasa serta mempromosikan pembangunan ekonomi sosial dan industri e-dagang Malaysia.

Dalam pada itu, J&T turut memberi maklum balas mengenai aduan pelanggan mengenai pekerja syarikat terbabit yang didakwa mencuri makanan dan minuman daripada bungkusan pelanggan.

"Disebabkan peningkatan pesat jumlah bungkusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kami (J&T) mengambil lebih banyak bungkusan daripada masyarakat.



"Dalam tempoh itu, syarikat mengupah lebih ramai pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada mereka.

"Ini adalah kesalahan dalam pengurusan dan kami juga sudah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan baharu, khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan merosakkan barangan dalam bungkusan

Sumber: beritaharian

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a