Kebanyakan orang melakukan kerja sebagai food rider secara part-time bagi mencari duit lebih untuk menampung perbelanjaan sendiri dan keluarga. Mereka juga tidak memilih pekerjaan yang dilakukan asalkan ia datang dari sumber halal. Namun ada kalanya golongan ini dianiaya oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab.
Letak alamat yang betul kalau nak order makanan…selalu dekat dengan phone
Seorang rider makanan menyarankan agar pelanggan yang membuat tempahan atas talian meletakkan alamat dengan tepat. Ini tidak, pelanggannya memberikan dia alamat yang salah sekali gus membuatnya tersadai bawah panas terik. Bukan itu sahaja, malah pemuda itu menasihatkan agar para pelanggan alert dengan telefon bimbit mereka supaya senang dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah.
Akhirnya order yang beratus ringgit cancel…jauh bawa motor tapi tak dapat payment penuh
Rider bernama Anas Mansor turut menyatakan kekecewaannya apabila pesanan makanan yang berharga ratusan ringgit terbatal begitu sahaja kerana pelanggan tidak dapat dihubungi. Berpenat datang dari jauh untuk menghantar makanan tersebut, tetapi dia tidak mendapat payment yang penuh akibat isu berkenaan.
@anasmansor99 Kalau order makanan tu please allert, tgk status makanan tu😞 #foryoupage #foodpandamalaysia
♬ original sound - Pijah Mohamad - Cek Yana
Patutnya buat cara pembayaran online je senang…ramai rider makanan kena macam ini
Kebanyakan para netizen turut bersimpati akan nasib yang menimpa rider makanan itu. Mereka juga berharap agar sistem bayaran secara atas talian dikuatkuasakan sepenuhnya supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang kembali.
Sumber: erinsakura
Comments
Post a Comment