Kehidupan berumah tangga perlu sentiasa ada give and take. Masing-masing perlu memainkan peranan dalam membuat kerja seharian di rumah tanpa perlu diarah oleh partner sendiri, Dengan adanya sikap saling bertoleransi antara satu sama lain, ia secara tidak langsung akan membuatkan diri seseorang akan lebih dihargai dan disayangi.
Suami tolong gosokkan tudung isteri…selalu main peranan tolong siapkan pakaian isteri tiap hari
Menerusi video di TikTok, Akma Ghani berkongsi gelagat suami sedang menggosok pakaiannya dengan penuh berhati-hati. Wanita ini memaklumkan pada waktu tersebut dirinya hendak pergi melakukan swab test sebelum pergi ke tempat kerja. Dia juga menambah bahawa setiap kali hendak pergi keluar ke mana sahaja, si suami akan sentiasa memainkan peranan untuk menyiapkan dirinya. Bukan itu sahaja, suami kepada wanita itu juga akan memilih sendiri pakaian dan tudungnya pada setiap hari.
@akmaghani0 setiap kali nk g mane2 mmg dye yg akan siapkan isteri dan pilih bju ngn tudung isteri,harini kene g swebtest sbb dh nk g kerjaπ
♬ original sound - ππ©π¦π£ πππ«π¦π’π© π₯
Bertuahnya susah nak dapat lelaki macam itu…rezeki awak dapat suami layan macam ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Akma Ghani bertuah dan beruntung kerana memiliki suami seperti itu. Mereka malah berkongsi cerita bahawa masing-masing bersyukur kerana turut memiliki suami seperti wanita itu. Keseluruhannya, video berdurasi 12 saat ini telah meraih lebih 37 ribu jumlah tontonan.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment