[VIDEO] Siap Dah Bayarkan Makan, Gadis Terpinga Ditinggalkan Lelaki 1 Lebih Jam Skip to main content

[VIDEO] Siap Dah Bayarkan Makan, Gadis Terpinga Ditinggalkan Lelaki 1 Lebih Jam

Ketika keluar makan dengan seseorang khususnya berlainan jantina, macam-macam boleh terjadi dan kadangkala ia berada di luar jangkaan. Namun bagi gadis ini, siapa sangka dia menghadapi situasi seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja selepas habis menjamu selera di sebuah restoran. Kalau ada sebab munasabah, mungkin boleh diterima atau dimaafkan. Namun kalau tiba-tiba ‘ghaib’ begitu sahaja tanpa sebarang kata seperti kisah di bawah, apa agaknya yang akan anda lakukan?

Dia kata nak pergi tandas…Dah satu jam lebih tunggu, aku kena tinggal ke ni? 

Katanya hendak pergi ke tandas sebentar, malangnya lelaki tersebut langsung menghilang dan tidak kembali sehingga gadis ini terpaksa sabar menunggu lebih 1 jam. Terpinga-pinga dan sedikit buntu apabila ditinggalkan seorang diri, @maksudodot menjadi bertambah segan apabila situasi itu sepertinya disedari oleh pelanggan dari meja lain.

@maksudodot

♬ original sound - maksu dodot

@maksudodot

♬ original sound - maksu dodot

Aku dah call dia tak jawab…Orang sebelah pun dah nak bangun, tak tahu nak buat apa 

Apabila cuba dihubungi menerusi panggilan telefon serta mesej di WhatsApp, semua hanya sia-sia kerana tidak berbalas. Dalam pada itu, gadis manis ini mendedahkan ketika awal-awal membuat pesanan, dia juga dengan sukarela membayarkan dahulu bil makanan mereka memandangkan jejaka berkenaan mengatakan tiada wang tunai. Yang pasti, ibunya sudah datang malah dia meminta doa daripada orang ramai.

@maksudodot

Reply to @izwaaaannnn

♬ original sound - maksu dodot

@maksudodot

Reply to @izwaaaannnn

♬ original sound - maksu dodot

@maksudodot

♬ original sound - maksu dodot

@maksudodot

♬ original sound - maksu dodot

Dia kata ada emergency…I jumpa dia untuk collab pastu sekarang macam collapse 

Sebelum berlaku salah faham, dia tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik semua itu. Rupa-rupanya, mereka berdua bertemu kononnya atas urusan kerja namun siapa sangka ini pula yang terjadi.

@maksudodot

♬ original sound - maksu dodot

@maksudodot

♬ original sound - maksu dodot

@maksudodot

♬ son original - S C O R P I O N

@maksudodot

Reply to @nucissss

♬ original sound - maksu dodot

sumber: Kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a