Beberapa minggu lalu, kecoh dengan kontroversi panas mengenai penyampai radio Shuk Sahar yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Kemelut rumah tangga yang dibina telah didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah melalui beberapa posting di laman Instagram.
Minta izin dengan isteri time live cakap nak kahwin lagi…Tercengang habis tak tau cakap apa
Walau bagaimanapun, semalam Shuk telah membuat kejutan yang tidak disangka-sangka dengan muncul dalam keadaan mencurigakan menerusi Instagram (IG) Live yang dibuat oleh isterinya. Dengan memakai persalinan lengkap seperti raja sehari, pengacara tersebut meminta kebenaran wanita berkenaan untuk berkahwin lagi. Serra yang terkejut dengan permintaan secara tiba-tiba itu hanya mampu tercengang sambil ditenangkan rakannya.
Sekali bawak rombongan pujuk balik isteri…Siap dengan hantaran barang kemas, ada beg tangan bagai
Rupa-rupanya, semua itu adalah helah penyampai radio berkenaan untuk memujuk kembali isteri kesayangannya. Shuk telah pun datang berjumpa Serra dengan satu rombongan ‘meminang’ siap dengan pelbagai hantaran seperti barang kemas, beg tangan berjenama dan sebagainya. Pengacara berusia 34 tahun tersebut juga dilihat sempat membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan isteri, selain mengaku kesalahan yang dibuat. Usaha tersebut dibuat untuk memperbaiki kembali hubungan antara mereka berdua.
@typofamily #shuk dtng bwk rombongan#melamar #sera kembali.. #fyp #foryou #viralmalaysia #tiktokmalaysia #malaysia #budaktiktok #shukhotfm #mstar #lobakmerah
♬ Gimana Le Ko Mantan Manise Le - Remix - Dj Desa
sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment