(Video) 'Untuk buktikan keikhlasan, saya letak jawatan' - Maki Grab Rider di Socmed, consultant letak jawatan selepas dikecam netizen Skip to main content

(Video) 'Untuk buktikan keikhlasan, saya letak jawatan' - Maki Grab Rider di Socmed, consultant letak jawatan selepas dikecam netizen

"Hello @GrabMY, kenapa rider curi air Starbucks? Order 3 tapi dapat 2 je. Kalau nak aku belanja air, minta je la, bukan curi. Dah report pun Grab buat senyap je. Babi," demikian tweet lelaki yang mendakwa air Starbucksnya dicuri penghantar makanan. 

Grab Malaysia kemudian tampil memberi penjelasan bahawa bekas minuman tersebut sememangnya hanya untuk dua minuman sahaja. Tambahan, setiap bungkusan pesanan pelanggan telah 'diseal'. Walau bagaimanapun, Grab memberi jaminan untuk membuat semakan terhadap aduan tersebut. 

Meskipun begitu, individu berkenaan menegaskan Grab Rider sepatutnya menyemak pesanan itu sebelum membuat penghantaran. 

"Still salah Grab Rider juga tak check order betul-betul. Dah tu, apa tugas rider? Hantar je? Gila best buat kerja takde tanggungjawab," tulisnya di Twitter. 



Tweet tersebut mengundang banyak perhatian netizen yang mengecam perbuatannya yang secara sembrono menyerang Grab Rider terbabit. Perkara itu turut mendapat perhatian dari majikan pengadu, Syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd. 

"Pihak Bateriku.com ingin memohon maaf atas tingkah laku staf kontrak yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan pemandu Grab di laman sosial tempoh hari. 

"Di Bateriku, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau luar organisasi," kata kenyataan itu yang turut memaklumkan lelaki berkenaan telah digantung kerja akibat perbuatannya. 

Dalam perkembangan terkini, Ezrin Nazan melalui channel YouTube miliknya telah membuat permohonan maaf kali kedua di atas tindakannya itu. 

Bagi membuktikan keikhlasannya memohon maaf, Ezrin mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan meminta netizen berhenti menyerang pihak majikannya serta teruskan menyokong perkhidmatan Grab.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas ketelanjuran kata-kata saya di social media yang mana saya telah tweet dan menuduh rider Grab tanpa usul periksa. 

"Saya juga memohon maaf kepada rider Grab terbabit dan kepada warga maya atas isu yang panas ini kerana kesilapan saya. 

"Jadi untuk membuktikan keikhlasan saya dalam video pemohonan maaf ini dan demi menjaga nama baik Bateriku.com, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan saya sebagai Creative Consultant berkuatkuasa hari ini," katanya. 

sumber: thereporter

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a