Berikutan sambutan ulang tahun kelahiran ke-12 anaknya, Engku Aleesya, selebriti terkenal Erra Fazira memuat naik satu video meraikan anaknya itu. Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek itu sempat menitipkan pesanan serta ucapan buat anak tunggal kesayangannya itu. Hadirmu menyempurnakan hidupku View this post on Instagram A post shared by Erra Fazira (@errafazira) “Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu.. “Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku.. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. Hadirmu menyempurnakan hidupku.. Ya Allah.. Terima kasih di atas anugerahMu..” luah Erra berbaur sebak di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu, bintang drama ‘Gerak Khas’ berkenaan berkongsi kenangan sewaktu melahirkan anaknya di mana saat pertama kali bertentang mata, gugur segala kesakitan serta kepayahan dirasainya. Jelas wa
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia