2 Bulan Lagi Nak Timang Anak, Suami Sempat Lengkapkan Barang Rumah Sebelum Ajal Skip to main content

2 Bulan Lagi Nak Timang Anak, Suami Sempat Lengkapkan Barang Rumah Sebelum Ajal

Setiap suami isteri yang sudah berkahwin pasti tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata. Akan tetapi, keterujaan seorang bakal ibu ini bagaikan diragut sekelip mata apabila suaminya pergi dijemput Ilahi.

Terkilan suami pergi tiba-tiba kerana asma…Cuma tinggal 2 bulan sebelum lahir anak sulung 

Menerusi satu posting di Facebook, Ieqa Muhammad yang sedang sarat hamil terkilan selepas suaminya Mohamad Shirhan hembuskan nafas terakhir selepas alami masalah asma. Pemergian secara tiba-tiba itu sangat mengejutkan wanita berkenaan di saat dirinya cuma berbaki 2 bulan untuk melahirkan anak sulung mereka.


Sempat lengkapkan segala peralatan dalam rumah sewa…Isteri pindah balik kampung 

Apa yang lebih menyentuh hati, menurutnya Allahyarham sempat membeli segala perabot serta kelengkapan untuk rumah sewa mereka di Kulai, Johor. Gara-gara tak kuat untuk terus tinggal di situ, Ieqa mengambil keputusan untuk berpindah balik ke kampung halamannya di Kelantan 2 hari selepas pemergian suaminya.

Usia perkahwinan hanya bertahan selama 9 bulan…Berterima kasih kepada suami 

Walaupun perkahwinan mereka hanya selama 9 bulan sahaja, namun wanita tersebut cukup berterima kasih kepada Allahyarham Mohamad Shirhan kerana telah menjaganya dengan baik. Biarpun dugaan tersebut cukup berat, namun Ieqa akhirnya reda dengan pemergian suami tercintanya itu.



Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a