“AJL bukan pentas main2, pergi belajar vokal dulu!” – Hattan Skip to main content

“AJL bukan pentas main2, pergi belajar vokal dulu!” – Hattan

Penerbit Anugerah Juara Lagu (AJL) diminta mengambil serius mengenai kelayakan acara berprestij tersebut yang kini telah memasuki tahun ke-35.

Penyanyi legenda, Datuk Hattan berkata demikian selepas kecewa apabila terdapat finalis yang gagal menyanyi dengan baik sehingga mengundang kecaman di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata AJL turut ditonton negara jiran iaitu Indonesia sekali gus membawa nama Malaysia yang mempamerkan kehebatan dalam bidang seni.

“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.

“Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka melahirkan bakat yang berkualiti tinggi,” katanya.

Penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah itu mengakui suara rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah berbeza, malah terdapat guru vokal seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi untuk menimba ilmu.

“Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.

“Masalahnya sekarang semua orang boleh jadi penyanyi. Semua pihak sama ada penerbit program dan syarikat rakaman perlu cari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan setakat nilai mereka dari pengaruh di media sosial,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, beliau turut malu apabila seorang YouTuber Indonesia menilai vokal dan nyanyian finalis berkenaan.

Ibaratnya kalau nak pergi berperang, kena buat persediaan betul-betul. Kena ada ilmu dan keberanian.

“Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.

“Inilah beza buat single dengan album. Buat album, kita kena praktis sampai khatam barulah boleh masuk studio rakaman,” tegasnya.

Sumber: ohmymedia 

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M