Guru tersebut pada mulanya dilihat men.olak budak lelaki berkenaan sebelum mengangkat dan menc.ampak kanak-kanak malang itu. Lebih mengejutkan, tindakan selamba guru berkenaan turut disaksikan oleh murid-murid lain yang kelihatan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Menerusi video 10 saat yang kini tular di media sosial itu turut memaparkan seorang wanita lain, dipercayai guru di tadika tersebut. T.indakan guru itu membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan ia sebagai perbuatan yang sangat melampau dan biadab.
“Kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak, baik berhenti kerja. Ramai lagi yang boleh ganti,” tulis seorang pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan.
Susulan video yang tular, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis kini menyiasat seorang guru yang didakwa membuat penderaan terhadap kanak-kanak.
“Satu laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu. Perkara ini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah, maklumat lebih lanjut akan dikongsi kemudian,” kata Baharudin ketika dihubungi.
Beliau menambah, polis kini telah mengenal pasti guru wanita yang terlibat. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib juga mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Kebun, Klang dekat sini hari ini.
“Saya sahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak malang itu dan kertas siasatan telah dibuka selepas laporan polis diterima dari ibu mangsa dicampak guru tadika itu.
“Siasatan dalam tindakan polis Bahagian Siasatan J.enayah IPD Shah Alam dan identiti guru telah dikenalpasti, dipanggil untuk memberi keterangan membantu siasatan polis,” katanya hari ini.
Tambah Baharuddin, jika disabit dengan kesalahan, guru itu boleh dikenakan denda maksimum RM 20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Antara Reaksi Netizen
“Geramnya. Ish sakit hati tengok video ni. Ingat apa tu, budak kan? Ada mak ayah kot,” komen seorang netizen.
“Kasihan kat budak tu. Dengan anak sendiri tak tahulah macam mana. Jenis tak tahan sabar,” tulis netizen yang lain.
“Kasihan budak-budak tu… budak-budak tadika umur macam tu memang tak dengar cakap kadang-kadang tapi kalau cikgu pandai pujuk, insyaAllah tentu ikut kata,” kata seorang lagi.
Dipercayai pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan memecat guru tersebut.
Guru Praktikal Tampil Jelaskan
Comments
Post a Comment