Aku tak boleh la makan masakan mak mentua, rasa geli macam ikan tu tak basuh Skip to main content

Aku tak boleh la makan masakan mak mentua, rasa geli macam ikan tu tak basuh

Aku tengok ibu mentua siang ikan tak sama macam mak aku siang. Aku geli nak makan. Air pun masak dalam periuk kena ambil guna cawan. Kadang – kadang aku tengok ada minyak – minyak. Aku tak boleh control reaksi tak boleh terima makanan nak muntah tu spontan.

Salam semuaa.. aku bukan lah isteri kepada suami yang mengadu isteri tak nak makan rumah mak dia tu. Tapi aku sejenis dengan isteri dia. Kebetulan rumah ibu mentua dengan rumah mak aku dekat, hanya dalam 20 – 30 min jaraknya. Jadi memang aku selalu duduk rumah mak aku lebih selesa sebab rumah ibu mentua aku ada ipar – ipar lelaki yang bujang. Agak susah lah nak duduk situ kena pakai tudung setiap kali keluar bilik, yang perempuan pula suka duduk dalam bilik jadi aku macam kayu tak ada kawan nak borak dan sebagainya.

Bab makan pula, ibu mentua aku suka makan ikan tapi aku pula jenis tak makan ikan. Sebab kalau ikan kan ada yang bau ikan so memang aku tak boleh terima. Ikan kalau letak lama dalam peti lagi tak sedap dan bau dia kan lagi lah sangat kuat dan hanyir. Ikan mak aku siang tak sama dengan keluarga mentua aku siang, jadi aku rasa ikan tu tak basuh. Kalau kat kedai pun aku tak kan ambil ikan sebab tak sama macam mak aku siang, masak. Aku selalu je belikan barang basah untuk masak tapi tak digunakan sebab dah masak awal – awal.

Esoknya tu aku memang dah lari balik rumah mak aku. Air pula ibu mentua aku masak pakai periuk nak minum kena guna gelas ambil, kadang tu aku nampak ada minyak – minyak, aku geli tak boleh terima. Bab nasi pula, Rice cooker aku dah belikan tapi mak mentua masih nak guna dapur gas. Nasi pun masak lembek aku tak boleh terimalah kalau nasi lembek. Kalau bubur tak apa, ini nasi lembek aku tak boleh ya Allah. Jangan cakap kenapa tak masak, bukan tak nak masak tapi family mentua masak lepas subuh makan sampai malam. Keluarga aku breakfast makan lain, lunch pukuI 10 atau 11 pagi masak untuk makan nasi. Menu lunch guna je untuk dinner tapi ni tak diorang sampai malam benda sama.

Aku tak pernah duduk sana dari pagi petang malam sampai pagi esok. Tak pernah sebab tak boleh duduk situ m4ti kutu jadinya. Waktu siang hari aku duduk rumah mak aku, malam baru aku balik sana. Mak aku sangat memahami aku. Tiap kali nak balik rumah mentua, mak aku akan suruh aku makan depan suami siap – siap, jadi aku ada alasan tak makan sana.

Bukanlah tak pernah makan sana, aku makan tapi aku tengok menu sebab nanti aku tak boleh control reaksi tak boleh terima makanan nak muntah tu spontan. Dari jadi benda bukan – bukan baiklah aku menolak dengan elok. Nasib suami aku jenis tak kisah sangat bab ni tapi pernah jugak lah dia bersuara kata aku ni boleh kira berapa kali je aku makan nasi rumah mak dia, aku cakap lah kan dah makan atau bila berdua aku cakaplah aku tak suka benda ni tak suka macam tu, dengan harapan dia akan faha lah kalau aku mengelak bila balik rumah dia.

Bila aku cerita masalah aku ni pada kawan aku tiba – tiba dia ketawa, dia cakap jangan risau kita geng. Dia dah kahwin lebih lama dari aku pun tak boleh makan dan duduk lama (semalaman pun tak pernah jugak) rumah mentua tapi kami tak ada masalah dengan mentua. Kalau mak mentua ajak jalan ke apa semua on tapi bab makan dan stay sana sorry cannot go.!

Komen Warganet :

Rose Yatie Radzi : Satu hari kalau Allah nak bagi dug4an hidup susah m4ti kebulurlah jawapnya. Belajarlah hidup susah ingat roda – roda kehidupan ni tak semestinya ke atas tau. Akan datang Allah bagi dug4an.  Jadi jangan tunjuk diri dan keluarga sendiri tu bagus, hebat dan sempurna sangat. Perbaiki diri terima pasangan dan keluarga pasangan seadanya. Hebat sangat ke beIah keluarga u. Kalau datang rumah mertua jenguk – jenguklah dapur. Tolong masak.. kalau dia dah masak guna dapur gas, u ambil rice cooker masak 2 cawan untuk u dan suami.

Mak mentua dan keluarga belah suami tahu kan u tak suka makan nasi lembik. Kalau bab siang ikan u tolong siang yang macam mak u siang, buat kerja sama – sama, masak, jangan malas jengok dapur pon tak nak. Belajar terima orang lain seadanya, jangan jadi b0ngkak dan somb0ng. Permaisuri Agong pon tak b0ngkak macam u lah. Belajar menghorm4ti dan ambil hati daripada keluarga beIah suami u. Jangan nak hubby u je.. fmly belah hubby u tolak… I rasa ipar – ipar duai yabg prempuan – perempuan ni menyampah dengan u kot, acah – acah merak kayangan, terlalu b0ngkak dan somb0ng.

Nur Najihah : Bertuahnya ada mak mentua, saya tak pernah lagi merasa ada mak mentua sebab kahwin suami dah lama jadi yatim piatu tapi rasanya kalau saya ada mak mentua tentu mak mentua saya seronok dan bahagia stay sama – sama. Sebab saya ni sejenis suka masak dan tak memilih makan, hidang la apa pun walaupun benda yang saya tak pernah makan pun saya bedal juga janji bersih dan halal dimakan. Bukan nk puji diri tapi bab makan setakat ni belum pernah lagi saya jumpa apa-apa jenis makanan yang saya tak boleh makan.

Pendek kata semua bedallah. Tentu seronok kalau ada mentua lebih – lebih saya berjauhan dengan mak saya. Selain boleh menumpang kasih, boleh belajar masak makanan kesukaan suami sebab dah tentu suami lebih suka masakan mak diakan. Sama juga kita perempuan pun rasa masakan mak kita yang paling tersedap di dunia walaupun tak sedap mana pun kat tekak orang lain. Jadi bila tinggal sendiri mudah faham citarasa suami. Tiada yang sempurna di dunia ni, jadi bersyukur dan hargailahlah apa yang kau ada sebab ramai orang di luar sana mengidam ada sesuatu yang kau ada (yang mungkin kau tak syukuri).

Adibah Ismuien : Hidup ni sis jangan pandai kompIen je. Saya faham mungkin sis tak pernah hidup susah. Benda senang je. Mesti mak mentua sis terasa taw kalau sis tak makan dekat rumah dia. Nanti 1 hari sis jadi mak mentua tiba – tiba menantu sis tak mau makan dekat rumah sis agak – agak sis terasa tak? Orang lain tak ada mak mentua tapi sis ada cuba buat mak mentua tu kawan sis. Sis masak la kat umah mentua tu, tak salah pun. Alhmdulillah mak mentua saya setakat ni ok. 8 tahun dah kahwin boleh buat geng walaupun mentua saya orang kampung je. Saya terima suami saya, saya kena terima keluarga dia jugak.

Hanim Sunny : Kalau gelas tu berminyak, cuba ko pulak yang basuh pinggan lepas makan. Letak sunlight lebih sikit, basuh gelas mangkok pinggan sampai berbuih. Lepas tu bilas bersih – bersih. Ini agaknya ko pon makan main letak je kat sinki, tak reti nak tolong basuh.. aduhaiii.. Ingat suatu waktu ko pon akan dapat menantu, akan tua. Sendiri mau ingat beb. Kalau ko tak makan ikan, sebelum sampai rumah mertua belilah ayam, daging. Kalau ko rasa kedekut, ko masak kat rumah, bawak dah siap, tinggal makan je.

Nurul Hidayah Ahmad Daud : Kalau boleh, masuk kandang kambing “mengembek”. Memang cara kita dibesarkan berbeza dengan cara mereka. Tapi bila dalam situasi macam ni, better tunjuklah cara yang baik dan hormat la cara mereka walaupun kita rasa tak suka. Esok – esok awak dah tua, dah ada anak menantu, benda tu tiba – tiba terjadi kat awak. Macam mana perasaan awak nanti.


Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a