Anak Maut Dalam Kereta Pengetua, Ibu Terkilan Tidak Dimaklumkan Skip to main content

Anak Maut Dalam Kereta Pengetua, Ibu Terkilan Tidak Dimaklumkan

Ibu kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta pengetua tadika pada Selasa terkilan kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu kematian anaknya.

Nor Azira Abd Halim, 36, berkata dia hanya diberitahu anaknya yang berusia 3 tahun 11 bulan itu tidak sedarkan diri dan diminta datang ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani

“Bila saya sampai, suami hanya telefon kata pergi hospital terus. Saya pun bergegas balik.

“Bila saya balik, suami kata pergi terus ke hospital. Mereka tak beritahu apa-apa dekat saya.

“Saya sampai hospital, saya tak tahu apa-apa. Cuma saya hairan kenapa ramai yang bagi laluan suruh saya masuk, sampailah saya nampak arwah atas katil Unit Forensik dah kena balut.

“Masa itu baru saya tahu anak saya dah tak ada.

“Wajah dia macam tidur, tapi naluri ibu, saya dapat rasa yang dia sakit sampai dia mati.

“Saya dapat rasa air muka dia tu sebab bibir dia gelap,” kata Nor Azirah.

Nor Azirah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Menurut Nor Azira, anaknya telah mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.

Katanya, tiada sebarang reaksi perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar bekerja lepas subuh semalam, Nor Azirah melihat anaknya masih tidur dan meninggalkan anaknya disiapkan nenek untuk ke tadika.

Jelas ibu kepada tiga anak itu, sebelum ini, petugas tadika menjemput anaknya setiap pagi.

Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya menjemput anaknya pada Selasa dan Rabu sahaja. Selebihnya, dia sendiri akan menghantar anaknya kerana bekerja pada hari tertentu sahaja.

Menurut Nor Azira, anak bongsunya itu seorang yang ceria di rumah, namun agak pendiam apabila berada di sekolah.

Nor Azirah dalam pada itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin selepas selesai bedah siasat.

Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas lebih empat jam ditinggalkan di dalam kereta yang berkunci di sebuah tadika di Taman Ria, Sungai Petani.

Mangsa berusia 3 tahun 11 bulan itu dipercayai terperangkap di dalam kenderaan yang dipandu pengetua tadika berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan.

Beliau berkata mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kereta itu dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

“Kejadian itu hanya disedari pada jam 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

“Guru kelas memberitahu pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri,” kata Adzli.

Kata Adzli lagi, pengetua terbabit terus menghubungi ambulans dan turut melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa, namun mangsa tidak sedarkan diri.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan di luaran.

Menurut Adzli, mangsa sudah hampir setahun dihantar ke tadika berkenaan untuk dijaga pengasuh di situ.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun itu akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada hari Ahad hingga Khamis.

“Namun, selepas PKP, hanya hari Selasa dan Rabu pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mangsa; manakala hari lain mangsa dihantar sendiri oleh ibunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, siasatan awal mendapati pengetua tadika itu mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria pada jam 7.45 pagi semalam.

Beliau berkata ketika itu mangsa dalam keadaan sihat dan berada di tempat duduk belakang bahagian kiri.

“Sebelum itu, pengetua terbabit juga turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

“Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru kemudian mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika, manakala pengetua itu pula terus parkir keretanya di tepi luar tadika dan mematikan enjin keretanya,” katanya.

Anak kedua daripada dua beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Beliau berkata, pihaknya menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan.

Sumber

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru