Gara-gara anak gadisnya Kasih Iris Leona dikatakan berpakaian mencolok mata, pelakon Azhar Sulaiman turut terkena tempias apabila terdapat segelintir netizen menuduh dia tidak pandai mendidik keluarga.
Menerusi beberapa posting di laman Facebook, pelakon drama Keluarga Iskandar tersebut bingung memikirkan anak bongsunya itu apabila sering dikecam warganet di media sosial.
Lepas satu, satu lagi isu
Lepas satu..... satu lagi isu.... Aritu isu takleh cakap melayu harian and asyik cakap english.... Pastu sebok belajar...
Posted by Azhar Sulaiman on Sunday, March 7, 2021
“Hari tu isu tak boleh cakap Melayu dan asyik cakap bahasa Inggeris. Pastu sibuk belajar cakap loghat Kelantan. Sekarang pasal pakaian seksi pulak.
“Leona, cari klinik untuk kecilkan payudara. Ayah akan bayar semuanya. Bila kopek kecik, mesti tak boleh pakai baju-baju seksi lagi,” tulisnya.
Sementara itu, pada posting terbaru, Azhar dilihat berada di Balai Polis Jalan Tun Razak dipercayai berkaitan dengan isu tersebut. Namun dia tidak berkongsi lebih lanjut mengenai laporan berkenaan.
Buat laporan polis kejap
Mami kat Balai Polis Kejap Buat Polis Report..... Hmmmmm........
Posted by Azhar Sulaiman on Monday, March 8, 2021
Menerusi sebuah video pula, pelakon berusia 50 tahun itu menegaskan bahawa setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang baik dan mendengar kata namun agak sukar kerana mereka sering mengikut ‘kepala’ sendiri.
Kalau anak awak tu berperangai baik, pakai tudung, ikut cakap orang tua, alhamdulillah. Kami pun mahu anak macam awak tu.
“Tapi anak tu manusia jugak, ada kepalanya tak nak ikut. Jadi saya nak buat macam mana?,” katanya.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Leona yang berusia 19 tahun memuat naik gambar di laman Twitter memaparkan warna rambut barunya sebelum dinasihati warganet agar jangan berpenampilan terlalu seksi.
my new hair pic.twitter.com/iAJlFTuYGk
— leona (@kasihirisleona) March 6, 2021
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment