Belum habis kisah kanak-kanak ditvmbuk kekasih kakak. Kini seorang bapa memukul bayinya sehingga lebam. Bayi tersebut merupakan anak kedua kepada pasangan berkenaan. Semasa kejadian ibu mangsa telah meninggalkannya dengan bapanya bernama Eko untuk pergi bekerja.
Tetapi setelah ibu mangsa pulang daripada kerja, mendapati bayinya penuh kesan lebam dan suaminya telah melarikan diri. Bayi tersebut dilaporkan tenat.
Ada Banyak Luka pada Bayi
Selain itu, beberapa kecederaan juga dapat dikenal pasti akibat dari keganasan yang dilakukan suspek. Luka itu dijumpai di mata, patah mulut dan lebam di punggungnya akibat suspek mencubit.
“Suspek mengaku telah melakukan kekerasan terhadap anaknya hanya sekali. Isterinya juga mengaku pernah di pukul, tetapi tidak melaporkannya. Kali ini isterinya membuat laporan kerana melihat anaknya telah menjadi mangsa keganasan suspek,” jelas Imran.
“Hukuman penjara 10 tahun dijatuhkan kepada suspek,” kata Imran.
Ditangkap di Tempat Kerja
Polis Depok Metro berjaya menangkap Eko Prasetio (27) yang memukul anaknya sendiri yang baru berusia 7 bulan. Suspek ditangkap di tempat kerjanya di daerah Citereup, Kabupaten Bogor, Jawa Barat.
“Suspek ditangkap di Citereup tempat dia bekerja malam tadi,” kata Ketua Polis Metro Depok Kombes Imran Edwin Siregar, pada hari Rabu, 17 Mac 2021.
Imran menjelaskan bahawa ketika suspek ditangkap, dia tidak dapat melarikan diri kerana dia sedang bekerja. Pada masa ini pelaku masih menjalani pemeriksaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perlakuan suspek terhadap anak kandungnya.
Akibat perbuatan aniaya tersebut, mangsa mengalami lebam di wajah berhampiran mata.
“Selama empat hari kami melakukan pencarian dan kami berjaya menangkapnya,” kata Imran.
gambar sumber cerminhidup
Comments
Post a Comment