Nama usahawan dan Instafamous Hafiz Mahamad sering kali menjadi topik perbualan netizen di media sosial.
Dia juga sering berkongsi aktiviti hariannya di lama Instagram sebagai salah satu cara memberi inspirasi kepada pra penyokong dan peminatnya dalam melakukan kebaikkan.
Terjumpa pekerja buat part-time
Namun, setiap kejayaan dan pujian biasanya tidak lari dengan kecaman daripada beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan cara yang ditunjukkan di media sosial.
Baru-baru ini, video yang memperlihatkannya ‘terkejut’ apabila pekerja di syarikatnya melakukan dua kerja dalam satu hari dengan menjadi penghantar makanan benar-benar meraih perhatian netizen.
Ramai yang tak setuju?
Namun begitu, lain pula dengan persepsi sesetengah netizen apabila merasakan tindakkannya kurang bersesuaian memandangkan dia adalah majikan.
Merakam video dengan memuat naik ke media sosial dan memberitahu kondisi ekonomi pekerjanya sedikit sebanyak memberi pandangan tidak ‘sedap’ kepada Hafiz yang merupakan majikan kepada lelaki itu.
Best nya dapat bos cam n,🥺🥺 pic.twitter.com/IAoaKy21iT
— Dean.. @JKN.... panji hitam... (@Dean24924388) March 21, 2021
“Tolong sana sini, tapi gaji staf kecil”
Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen di ruangan Twitter seorang pengguna menggunakan nama akaun @Dean24924388 menyuarakan rasa kurang senang dengan motif usahawan itu menjadikan keadaan pekerjanya sebagai konten.
“Nak tunjuk ia paling baik la tu”
Maknanya bos bagi gaji ciputla
Pekerja dia okey je tu
Walau bagaimanapun, masih ada yang berfikiran positif dengan memaklumkan sukar menemui majikan seperti Hafiz kerana merasakan pekerja tersebut ‘okey’ sahaja dengan keadaan itu.
Mereka juga berharap agar semua majikan bersikap seperti Instafamous ini supaya para pekerja berasa selesa berkhidmat dengannya.
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment