Ditinggal ibu kemurungan, kakak sulung 6 beradik terpaksa berkorban tak sekolah jaga adik2 Skip to main content

Ditinggal ibu kemurungan, kakak sulung 6 beradik terpaksa berkorban tak sekolah jaga adik2

Kadangkala, kita tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan dan sering membandingkan diri dengan orang lain yang lebih senang daripada kita. Cuba kita diam dan fikir sejenak tentang kisah sedih yang menimpa kanak-kanak ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan bagi kisah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini.

Walaupun masih kecil, hidupnya diuji apabila terpaksa menjaga lima adik-beradiknya yang lain tanpa bimbingan kedua ibu bapa

Kisah menyayat hati tentang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mimi itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook menggunakan akaun bernama Dielah Midi.

Ayah ditangkap, ibu hidap kemurungan

bertabah lah adik mimi..berat ujian yang menimpal 6 beradik ni..baru berusia 12tahun memikul tanggujawab yang...

Posted by Dielah Midi on Friday, March 5, 2021

Menerusi perkongsian berkenaan, wanita itu menceritakan ketabahan Mimi yang juga merupakan anak sulung keluarga itu di mana dia terpaksa menjadi ibu bapa segera buat adik-adiknya.

Difahamkan lagi, keenam-enam adik-beradik terbabit telah diserahkan oleh ibunya kepada nenek mereka selepas bapanya ditangkap akibat memiliki barangan terlarang.

Apa yang lebih sedih adalah apabila ibunya yang mengalami kemurungan sudah bertekad tidak mahu lagi kesemua anak-anaknya atas dasar kesempitan hidup.

Nenek pula bekerja di kawasan berdekatan rumahnya jadi, tiada siapa yang boleh menjaga adik-adiknya di rumah selain Mimi.

Tidak sekolah, jaga adik

Justeru itu, sebagai kakak sulung, Mimi mengorbankan masa depannya dengan tidak pergi ke sekolah untuk menjadi ibu dan ayah kepada adik-adik di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa enam beradik itu dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Mereka masih kecil dan perlukan mak

Semoga kakak kuat

Siapa sahaja yang tak kasihan melihat mereka ini? Mana tidaknya, masing-masing masih kecil dan memerlukan kasih-sayang daripada ibu bapa… Allahu. Sungguh besar ujian adik-adik ini.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a