Dulu rasa nak lemaskan diri sebab wajah disamakan dengan beruk, kini pemuda ini dah ‘move on’ – “Saya masih bernilai, ada maruah” Skip to main content

Dulu rasa nak lemaskan diri sebab wajah disamakan dengan beruk, kini pemuda ini dah ‘move on’ – “Saya masih bernilai, ada maruah”

MANUSIA diciptakan tidak sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Namun, sebarang kelemahan manusia termasuklah pada paras rupa tidak boleh dijadikan sebab untuk kita menghina orang lain.

Begitulah yang dialami seorang remaja lelaki yang pernah dibuli sewaktu zaman sekolahnya, selama beberapa tahun.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemuda berkenaan, Mohd Nizam Ahmad Saufi berkata, dia menjadi mangsa buli semasa belajar di Tingkatan Dua.

Niezam pernah menjadi mangsa buli di sekolah.

Dia yang kini berusia 18 tahun memberitahu, kebanyakan yang menghina wajahnya adalah dalam kalangan rakan-rakan sekolah dan pengikutnya di media sosial.

“Mereka samakan muka saya dengan beruk, monyet. Lepas tu selalu ejek saya conteng meja saya dan tulis nama seperti buruk, tak sedar diri. Siap lukis muka saya dalam rupa macam beruk.

“Mereka ejek dan hina saya sebab rupa saya dan ada jerawat. Dulu muka saya breakout teruk, tak macam sekarang… jauh beza,” katanya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Niezam, katanya, selain rupa, dia turut dihina kerana suaranya yang lembut seperti perempuan.

Walaupun cuba untuk mempertahankan diri, dia mengakui sampai ke satu tahap berasa tertekan dan sedih dengan segala kata-kata cacian itu.

“Hampir setiap hari dalam setahun tu saya dibuli, di sekolah dan media sosial. Sampai saya berkurung lama-lama dalam bilik berhari-hari tak makan.

“Saya rasa nak lemaskan diri dalam tandas dan nak gantung diri dalam bilik sebab saya tertekan dengan apa yang jadi dekat saya masa tu,” katanya sambil menambah ketika itu pelajarannya turut terganggu.

Niezam tidak mahu mensia-sakan hidupnya.

Walau bagaimanapun, anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu masih waras dan tidak akan mensia-siakan hidupnya dengan membunuh diri kerana ia merupakan satu tindakan yang amat tidak wajar.

Dia turut bersyukur kerana beberapa rakannya sudi memberi sokongan dan membantu untuk melakukan perubahan serta melupakan segala unsur negatif.

Saya tak boleh sia-siakan kehidupan saya macam tu. Saya terima qada dan qadar dan saya mahu berubah

MOHD NIZAM AHMAD SAUFI

“Saya cakap kat diri sendiri bahawa saya ni masih bernilai, masih ada maruah walaupun selalu kena buli sebab saya satu-satunya harapan, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

“Saya tak boleh sia-siakan kehidupan saya macam tu. Saya terima qada dan qadar dan saya mahu berubah.

“Saya yang dulu seorang yang pendiam, takut nak berkawan, selalu berfikir negatif sebab dipulaukan oleh kawan-kawan saya kat sekolah. Tapi sekarang saya periang, mudah menghiburkan orang ramai, suka buat kawan, baik dengan semua orang walaupun mereka juga tak sempurna,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Niezam kini lebih yakin dengan penampilan diri.

Menurut Niezam, dia mengubah penampilan dengan belajar beberapa cara di laman YouTube dan melakukan pembersihan wajah serta membuat senaman muka.

“Saya hanya nak dapatkan wajah yang elok secara semula jadi dan bukannya dengan pembedahan plastik sebab saya tahu ia adalah haram dalam Islam.

“Saya ubah penampilan sebab tak nak kehidupan saya terus dibuli sehingga meningkat usia. Saya kini lebih yakin dengan diri saya dan move on untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya yang turut mendapat inspirasi daripada instafamous, Norreen yang banyak melakukan transformasi diri di laman sosial.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a