Ganti tugas arwah ibu jaga adik2, bapa terkilan anak ‘pendam’ rasa penat & sunyi Skip to main content

Ganti tugas arwah ibu jaga adik2, bapa terkilan anak ‘pendam’ rasa penat & sunyi

Bila tiba waktu tuhan mengambil insan tersayang yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari-hari, pasti kita akan rasa seperti dentuman halilintar yang memecah gunung ganang.

Lebih-lebih lagi jika insan tersebut adalah kedua ibu bapa kita, sakit sangat. Namun, sebagai hamba kita perlu sentiasa reda dengan ketentuan yang telah ditetaplan.

Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang bapa tunggal, Nazri Ahmad di laman Facebook miliknya di mana dia berkongsi luahan anaknya yang sangat merindukan arwah isterinya.

Semalam baca whatsapp Indah. Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain...

Posted by Nazri Ahmad on Tuesday, March 16, 2021

Bagaimanapun, bapa enam anak berkenaan kecewa kerana tidak lagi menjadi ‘telinga’ yang selalu mendengar setiap luahan hati anaknya itu.

Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp, anak sulungnya yang dikenali sebagai Indah meluahkan kerinduan terhadap kenangan-kenangan dulu bersama kedua ibu bapanya.


Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa ‘penat’ menjaga adik-adiknya yang lain di samping perlu menjalankan tugas sebagai pelajar sekolah.

Namun begitu, segala isi hatinya itu diluahkan kepada orang lain. Lantaran itu, si bapa terkesan dan merasakan dirinya gagal menjadi seorang bapa yang baik kerana anaknya berpaling ‘tadah’ dalam meluahkan isi hati.

Indah rasa sunyi, tak sabar nak jumpa mama


Apabila membaca kesemua luahan berkenaan, Nazri yang ketika itu berada dalam kereta dengan segera memecut laju untuk pulang ke rumah berjumpa dengan anak-anaknya walaupun terpaksa merisikokan keselamatan dirinya.

Malah, dia turut sebak membaca mesej anaknya mungkin kerana telah lama memendam perasaan seorang diri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati tatkala membaca luahan anak kecil itu. Bahkan, netizen tidak henti memberikan kata-kata semangat buat keluarga mereka.

Semoga ‘bro’ diberikan kekuatan


Difahamkan lagi, isteri Nazri, Natasya Mik’yal meninggal dunia secara mengejut pada bulan Februari lalu.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari