“Hidung berdarah, jantung terhenti,” Remaja 16 Tahun Meninggal Didakwa Akibat Makan Corndog Basi Skip to main content

“Hidung berdarah, jantung terhenti,” Remaja 16 Tahun Meninggal Didakwa Akibat Makan Corndog Basi

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia didakwa akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca dari corndog.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Zaridah Salleh, jirannya mengalami muntah-muntah dan cirit birit yang teruk didakwa selepas memakan corndog yang dibeli daripada car boot sale.

“Assalamualaikum kepada warga car boot sale. Kalau makanan tak habis jual hari ini, lebih baik sedekah atau jual dengan harga murah, janji balik modal

“Jangan di jual esoknya terutama corndog. Saya agak hari sabtu hujan lebat siap ribut lagi. Tak boleh niaga, simpan jual hari Ahad.

“Penangannya satu family beli 4 corndog. Satu kakaknya makan kerat dan rasa lain. Kakaknya buang kulit tinggal hotdog dan cheese, makan sikit tak jadi juga sebab tak sedap.

“Disambung adik bongsu makan sikit, still rasa tak sedap. Datang si abang kepada yang bongsu makan kesemua tiga lagi corndog.”

Menurutnya, akibat memakan corndog tersebut, ketiga-tiga adik beradik mengalami muntah dan cirit birit yang teruk.

Lebih membimbangkan lagi apabila si abang yang menghabiskan baki corndog turut muntah sehingga tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke hospital dan menjalani rawatan lanjut namun masih tiada respon.

“Tolong doakan sahabat saya baru je meninggal dunia pukul 10 lebih tadi akibat keracunan makanan. Dah seminggu koma, tiba-tiba mak saya dapat panggilan dari mak dia mengatakan bahawa dia sudah tak ada.”

Selepas seminggu koma di wad, remaja tersebut didakwa sudah meninggal dunia oleh rakan sekolahnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib menimpa keluarga tersebut. Tak kurang juga yang meminta agar pihak penjual bertanggungjawab atas insiden ini.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari