Setiap orang pasti mempunyai perjalanan cerita yang berbeza berkenalan dengan jodoh masing-masing. Ada yang bertemu secara tidak sengaja, dan ada juga yang setia menunggu waktu paling tepat untuk melamar calon suami atau isteri.
Viral kisah cinta unik antara pelajar dan cikgunya
Baru-baru ini di Indonesia, kisah cinta unik antara pelajar dengan cikgu telah mendapat perhatian ramai. Menurut Enjelin Lensenia, mereka berdua mula berkenalan pada tahun 2016 di sekolah menengahnya.
@tahugejrot0808 ♬ original sound - 𝐣𝐳𝐲𝐧𝐧🧃 - 𝐬𝐮𝐤𝐢𝐞
Habis sekolah suami sanggup tunggu bertahun lagi…bagi peluang isteri luangkan zaman muda
Selepas tamat persekolahan, menariknya lelaki tersebut tidak terus ajak bekas muridnya untuk mendirikan rumah tangga. Sebaliknya, dia sanggup tunggu Enjelin selama 2 tahun lebih agar bersedia terlebih dahulu. Sepanjang tempoh itu, gadis berkenaan sempat luangkan masa muda bersama rakan-rakan dan raih pengalaman bekerja supaya dapat merasa gaji sendiri terlebih dahulu.
Berkat kesetiaan…akhirnya selamat dinikahkan pada usia 21 tahun
Setelah menjalin hubungan cinta sepanjang tempoh itu, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah pada November 2019 dan ketika itu Enjelin sudah berusia 21 tahun. Walaupun ada sesetengah netizen mempertikai jarak umur 18 tahun dengan suami, namun respon wanita ini mudah saja.
Umur hanya angka. Yang penting kami masing-masing single, dan saya bukannya berkahwin dengan duda ataupun suami orang pun.
@tahugejrot0808 umur hanya angka, dan yg penting kita sama sama single BUKAN duda/janda, dan BUKAN SUAMI ORANG HEHE #midnite #fypindonesia #fypシ #fyp #couplevideos
♬ original sound - Sera
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment