Kecoh Bapa Bawa Kipas Masuk Kelas, Ibu Dedah Badan Anak Mudah Naik Ruam Skip to main content

Kecoh Bapa Bawa Kipas Masuk Kelas, Ibu Dedah Badan Anak Mudah Naik Ruam

CUACA panas yang sedang melanda negara ketika ini hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat, termasuk murid di sekolah.

Gara-gara berasa panas di kelas, seorang bapa sanggup bersusah payah membawa sebuah kipas berdiri dari rumah ke sekolah anak perempuannya.

“Pagi tadi, my princess mengadu panas bila dalam kelas, daddy terus bawakan kipas hantar ke kelas dia. Alhamdulillah, terima kasih atas segalanya,” menurut keterangan video yang dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.

Wanita berkenaan, Ros Ramlan berkata, rakaman dibuat ketika menghantar anak perempuannya berusia sembilan tahun ke sekolah di Sentul, Kuala Lumpur, pada tengah hari Khamis.

Ros bersama kipas yang dibawa ke sekolah.

Ibu berusia 43 tahun itu memberitahu, pada sebelah pagi, anaknya itu mengadu panas ketika belajar disebabkan kipas di kelasnya mengalami kerosakan.

“Anak saya tanya ada kipas lebih tak, sebab nak minta untuk bawa ke sekolah. Saya maklumkan mana boleh buat macam tu, nanti pihak sekolah marah.

“Saya pun hubungi guru di sekolah bagi mendapatkan kepastian dan memang betul kipas di kelasnya rosak. Jadi, saya minta izin untuk bawa kipas ke sekolah, kebetulan memang ada kipas lebih yang tidak digunakan di rumah,” katanya kepada mStar

Ros (kiri) bersama suami dan anak bongsunya.

Ros berkata, kipas berdiri tersebut dibawa menggunakan kereta dan dihantar oleh suaminya ke pintu pagar sekolah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ibu kepada empat anak itu bagaimanapun menjelaskan bahawa penghantaran kipas tersebut ke sekolah bukan untuk kegunaan anak bongsunya itu seorang semata-mata.

Dengan norma baharu sekarang murid-murid perlu memakai pelitup muka sepanjang masa di kelas. Oleh itu, keselesaan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan.

ROS RAMLAN

“Dari pintu pagar sekolah, guru tolong bawa masuk kipas ke kelas. Kipas tu dipasang bukan untuk fokus anak saya seorang, sebab ia memberi keselesaan untuk seisi kelas.

“Kipas yang dipasang di kelas anak saya itu menggunakan mod berpusing. Jadi, semua kawan-kawan dia dapat rasa angin termasuk guru,” katanya sambil menambah suaminya yang berusia 39 tahun itu berasal dari Nigeria dan berniaga sendiri

Ros (duduk, dua dari kiri) bersama keluarganya.

Menyifatkan anak perempuannya itu sebagai manja tetapi pendiam, sebagai ibu dia memahami apa yang dirasainya memandangkan cuaca panas sejak akhir-akhir ini.

“Anak saya memang tak tahan panas, nanti badan mudah naik ruam. Dia baru luahkan kipas di kelas baru rosak.

“Tambahan pula anak saya ni kurang bercakap, jadi kalau dia bersuara tentang masalah ruam tu, maka realitinya memang keadaan panas,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ros yang merupakan ahli perniagaan berkata, kipas tersebut disumbangkan kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid.

“Saya kata pada guru, gunakanlah kipas yang kami bawa dari rumah tu sementara kipas di kelas diperbaiki. Kalau kipas di kelas dah elok, simpankan saja untuk kegunaan di sekolah.

“Dengan norma baharu sekarang murid-murid perlu memakai pelitup muka sepanjang masa di kelas. Oleh itu, keselesaan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan,” katanya.

Pengorbanan seorang ibu pastinya merupakan satu topik yang kerap dibincangkan. Pernahkah anda terfikir mengenai pengorbanan bapa terhadap keluarga dan anak-anak pula?

Definisi pengorbanan bagi saya adalah, menyerah sesuatu yang bersifat sementara untuk sesuatu yang kekal lebih baik.

Terdapat banyak perkara yang ringkas dalam hidup yang dikatakan pengorbanan juga, namun semuanya tidak terbanding dengan menghabiskan masa dengan anak-anak anda.

pengorbanan bapa, pengorbanan ayah, ayah yang baik, tanggungjawab bapa kepada keluarga, tanggungjawab ayah, viral 2019, malay, peranan ayah dalam keluarga, peranan bapa dalam keluarga

Jika ada yang lebih penting dari itu, adalah berkorban dari semua itu untuk memberikan yang lebih baik untuk mereka

Sumber : Mstar

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a