Kongsi video2 di TikTok, Ebit Lew akui baru belajar dari Aeril Zafrel Skip to main content

Kongsi video2 di TikTok, Ebit Lew akui baru belajar dari Aeril Zafrel

Nama pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah menjadi sebutan seleuruh rakyat Malaysia.

Memberi contoh yang baik dengan memberikan bantuan kepada setiap lapis masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama membuatkan beliau disayangi seluruh rakyat Malaysia.

Buat surprise untuk isteri

Selain daripada itu, beliau juga kerap kali memuji dan mengangkat darjat seorang isteri sehingga menjadi ikutan ramai orang dalam menyantuni bidadarinya.

Dalam kerkongsian terbaru beliau di media sosial, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik video memberikan surprise kepada isteri tersayang dengan sejambak bunga ketika pulang ke rumah.

Baru belajar guna TikTok

Beliau juga turut menyertakan kata-kata romantik kepada bidadari tersayang dan mendoakan agar dapat terus bersama-sama di dunia dan akhirat.

Namun, sebaris akhir perkongsian Ebit Lew di media sosial, beliau menyatakan baru sahaja belajar menggunakan aplikasi TikTok dan mempelajarinya daripada pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel

“Baru mula buat tik tok. Belajar dengan @aeril zafrel buat tik tok.

Allah sayang @aeril zafrel dan @wawa zainal,” tulisnya.

Aeril Zafrel beri respon

Dalam pada itu, pelakon tersebut juga sempat membalas di ruangan komen Ustaz Ebit Lew dengan memuji sikap romantis pendakwah berkenaan dan merendah diri mengatakan dia juga baru sahaja belajar menggunakan aplikasi terbabit.

Ustaz Ebit Lew menggunakan nama akaun @ustazebitlew di aplikasi TikTok dan telah memuat naik beberapa video sepanjang melakukan misi bantuan serta aktiviti harian bersama keluarga dan pasarayanya Elewsmart.

Setakat ini sudah ada belasan pengikut di TikToknya dan rata-rata menyokong beliau memuat naik video kebaikkan di medium tersebut sebagai salah satu cara menyebarkan lebih banyak kebaikkan.

@ustazebitlew

i love you sayang bidadariku

♬ original sound - Ebit Lew

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me