Lima hari dikurung ‘pembeli’ iPhone, pemuda hilang diselamatkan polis Skip to main content

Lima hari dikurung ‘pembeli’ iPhone, pemuda hilang diselamatkan polis

Selepas hampir seminggu dipercayai ‘hilang’ , seorang pemuda yang juga penjual iphone akhirnya ditemui oleh pihak berkuasa selepas diselamatkan oleh polis di Ayer Keroh.

Pemuda dikenali sebagai Muhammad Amirul Shafiq, 25, telah dilaporkan hilang apabila menghantar pesanan biji tiga iPhone 12 di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ahli keluarganya juga buntu untuk mencari pemuda tersebut telah memuat naik butirannya bagi meminta pertolongan orang ramai untuk memberikan maklumat jika menjumpai pemuda tersebut.

Dilarikan ‘pembeli’ iPhone

Menerusi Harian Metro, Amirul Shafiq memaklumkan dia telah dibawa lari oleh pembeli iPhone tersebut apabila diajak untuk menaiki kereta bagi memperoleh bayaran ketiga-tiga telefon berkenaan.

Namun, ketika masuk ke kereta, terdapat dua orang lagi menunggunya dan dia telah diikat dan mereka menyembur ubat nyamuk sebelum menumbuknya. Dia juga dipaksa menelan 10 biji pil sehingga berada dalam keadaan separuh sedar.

Saya cuba menjerit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.

“Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar,” katanya.

Dari Sungai Besi di bawa ke Ayer keroh

Dia telah dibawa ke Ayer Keroh dan ditinggalkan bersama dua orang rakan pembeli tersebut di sebuah rumah pada hari Ahad. Mereka juga turut menyamar sebagai polis dan mendakwa Amiru Shafiq melakukan kesalahan.

“Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

“Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan,”  jelasnya

Kadang2 tak diberi makan

Pemuda tersebut juga memaklumkan sepanjang 5 hari dikurung, dia hanya diberi makan beberapa kali sahaja dan ada waktu tidak diberi makan langsung.

 “Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan,” kata Muhammad Amirul Shafiq, 25.

Dia telah diselamatkan oleh pihak polis setelah rumah tersebut diserbu lebih kurang jam 12.30 malam. Menurut Amirul, dia ada bermimpi diselamatkan namun ternyata mimpinya itu menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan mangsa sudah diselamatkan dan akan memberi kenyataan media berhubung kejayaan itu.

Mereka yang melakukan perbuatan tersebut juga sudah ditahan polis dan ahli keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan semua pihak.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a