Mahu Perbaiki Diri Dari Segi Agama, Zarina Anjoulie & Yas Rujuk Semula Skip to main content

Mahu Perbaiki Diri Dari Segi Agama, Zarina Anjoulie & Yas Rujuk Semula

Hampir sebulan kes perceraian Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensasi itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau Zarina memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

Zarina tidak mahu putus asa dengan perkahwinan yang dibina

Beliau turut mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina.

Malah Zarina turut berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka terutama dari segi agama dan mahu belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

Mungkin sebelum ini dua-dua ego

Ya, betul (rujuk), kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.”

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan.”

Kami ke arah yang lebih baik

“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik terutama dari segi agama.”

“Saya nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah.”

Mohon semua mendoakan saya

“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” lapor  mStar.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama Anak Pontianak ini meminta agar para wanita berhenti meninggalkan mesej kepada bekas suaminya yang dikenali sebagai  Eilyas Azhar kerana mereka kini kembali bergelar suami isteri.

Terdahulu, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.

Pasangan ini bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka.

Sebelum ini Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a