Mak ayah tak ajar ke, terdedah kalah orangkapir, Azhar Sulaiman akhirnya respon Skip to main content

Mak ayah tak ajar ke, terdedah kalah orangkapir, Azhar Sulaiman akhirnya respon

Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona.

Leona yang baru berumur 19 tahun ini amat popular menerusi video-videonya terutama di aplikasi TikTok.

Malah Azhar Sulaiman akui anaknya itu turut mendapat income menerusi video-videonya yang selalu saja viral di aplikasi berkenaan.

Kalau yang ikuti Leona, sekarang ini gadis ini sering tukar warna rambutnya. Pernah buat rambut warna yang terang seperti biru, merah, kuning, pink dan jingga.

Seperti biasa, Leona ada muatnaik gambar terkininya dengan rambut baru, kali ini berwarna pink gelap dan pink cair.

Akan tetapi, yang jadi perhatian di gambar itu ialah cara pemakaian Leona yang dikatakan agak ketat dan terdedah.

Oleh itu ramailah netizen yang menulis komen dan memberi nasihat kepada gadis ini agar memakai pakaian yang lebih tertutup dan menutup auratnya.

Ada juga memberi peringatan bahawa kecantikan luaran ini tidaklah kekal selama-lamanya.

Malahan, ada juga netizen yang menulis komen mempertikaikan tindakan ibu bapa Leona yang dikatakan tak menegur anaknya itu,

Lebih pahit, ada yang melabel pakaian Leona itu lebih terdedah berbanding mereka yang non-muslim.

Melihat begitu banyak komen kurang enak yang diterima, akhirnya Azhar Sulaiman tampil memberi pandangannya.

Menerusi Facebook, Azhar Sulaiman bertanya orang yang berkata kurang elok itu adakah mereka mempunyai anak.

Azhar juga berkata janganlah menilai seseorang itu hanya melalui pakaian sahaja.

“Hari ini, Leona kena kecam lagi termasuklah saya jugak kena hentam sama. Ini kerana ada kata saya tak pandai nak didik Leona to be “islamik”. Kamu ada anak tak?”

“Kekuatan iman itu tak bolehlah kita nak nilai melalui pakaian seseorang. Ada saja kes Ustaz buat benda tak elok kepada pelajarnya. Ada juga gadis yang bertudung tapi bunting. Lepas hal kurang elok buruk adakah sebab tak hidup dengan islamik. Walhal tak tinggal.”

“Setiap orang ada bahagian dan ujiannya. Saya ni sokong Umno tapi anak saya ni sokong Pakatan Harapan. Ha itu contoh pasal ideology parti politik. Apapun, nasihat yang betul saya akan terima. Netizen semua ni umpana adik beradik saya bayangkan.”

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a