Sepanjang tempoh kehamilan, segelintir ibu sering ada keinginan yang tak masuk akal. Di samping mengidam jenis makanan tertentu, ada kalanya suami pun terkedu gara-gara pening melayan keinginan pelik isteri. Terdahulu, tular di laman sosial mengenai seorang lelaki Indonesia yang pasrah apabila isteri mengidam untuk menggigit jarinya.
Bini mengidam nak jilat mata, berhari-hari mintak…pedih kena & hasilnya mata anak bulat
Susulan kisah viral tersebut, pemuda dikenali sebagai Zarol Afza ini turut mendedahkan bahawa isterinya pernah mengidam mahu jilat matanya. Gara-gara permintaan itu kerap disuarakan, akhirnya dia ‘mengorbankan’ matanya demi memenuhi craving tersebut. Paling tak disangka-sangka, mata anak sulungnya sangat bulat sehingga ramai tersalah anggap sebagai bayi perempuan. Tak cukup dengan itu, anak perempuan kedua mereka turut terkena tempias sama.
Entah mana dapat idea nak jilat mata…bagi buah mata kucing tak nak pula
Sejak peristiwa itu, Zarol mengakui keinginan tersebut agak pelik dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh terlintas dalam kepala isterinya. Dia juga pernah tawarkan buah mata kucing sebagai ganti, namun perkara itu diendahkan saja oleh wanita bernama Hani Shamsuddin tersebut.
Bini punya mengidam another level…tapi yang kalini sumpah lawak
Selain meraih beratus retweets, rata-rata netizen nyata terhibur dengan kisah mengidam rare isteri pemuda tersebut. Walaupun tidak pasti ada kaitan atau tidak, namun mereka berseloroh disebabkan perkara itulah mata anak-anaknya jadi cantik.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment