Penulis Ini Rasa Loya Utk Menulis Tentang Sajat. Tapi Apa Yg Dia Cakap Buat Ramai Mula Berfikir Skip to main content

Penulis Ini Rasa Loya Utk Menulis Tentang Sajat. Tapi Apa Yg Dia Cakap Buat Ramai Mula Berfikir

Kuala Lumpur: Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz zaman atau popular disapa Sajat terus menghilangkan diri daripada radar apabila gagal dikesan pihak berkuasa dan media tempatan.

Usaha untuk mengh.ubungi Sajat untuk mendapatkan komen berhubung kontroversi demi kontroversi yang terpalit atas dirinya tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak dijawab.

Malah menerusi tinjauan di akaun media sosial, Sajat dilihat menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Sajat kini diburu pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas dikenakan waran tangkap tanpa jaminan kerana gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, Selasa minggu lalu.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada, ia video baharu atau lama.

Berikut kupasan  menarik oleh Penulis Tersohor, Ku Seman

BIARLAH SAJAT HENDAK MURTAD, DIA BUKAN TANDA ARAS KEGAGALAN INSTITUSI ISLAM

Sajat bukanlah siapa-siapa. Sajat tidak ada pengaruh kecuali dalam kalangan yang mabuk kerana menelan hedonisme.

Maka apabila Sajat mengugut untuk keluar agama Islam (murtad), biarlah Sajat dengan jalan yang dipilih. Tidak perlu membuang masa memujuk atau terlebih memikir tentang dia.

Saya sebenarnya rasa loya untuk menulis tentang Sajat amat meloyakan. Tetapi terpaksa menulis apabila ada pihak terlebih memberi tumpuan pada isu Sajat, seolah-olah tidak ada isu lain yang lebih penting.

Lebih malang lagi seolah-olah apabila Sajat murtad, gagal lah segala usaha institusi agama, birokrat agama dan sekelian pendakwah yang menyeru ke jalan Islam.

Padahal telah banyak terbukti institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah banyak membawa golongan seumpama ini kembali ke pangka jalan.

Tentulah tidak adil kalau Sajat dijadikan pembaris untuk mengukur kejayaan institusi Islam dalam menyebar dakwah Islam. JAKIM telah membuktikan program pemulihan golongan seperti Sajat memberikan hasil yang sangat baik.

Tetapi hanya Sajat memilih untuk tidak pulih, banyak kerenah dan mahu dilayan seolah-olah dia sangat istimewa.

Ternyata bahawa pelakuan Sajat yang menghina Islam, mencabar pihak berkuasa agama seterusnya mengugut hendak murtad hanya kes terpencil. Sangat terpencil.

Pemantapan kefahaman Islam bermula dengan sistem pendidikan rendah, konsistensi institusi Islam dan ekosistem dalam majoriti masyarakat menjurus pada Islam tidak wajar dinilai hanya dengan seorang Sajat.

Tidak perlu ada sesiapa yang merayu kepada Sajat supaya jangan murtad, ini penghinaan kepada Islam seolah-olah Islam ketandusan umat di negara ini.

Memanglah pihak yang anti institusi Islam akan menggunakan isu Sajat murtad sebagai peluru. Biarkan kerana Sajat pun kemungkinan sebahagian daripada puak-puak ini.

Maka pendakwah selebriti pun bolehlah berhentilah memberi kenyataan dakwah yang berjela-jela untuk memujuk Sajat.

Pendakwah selebriti ini mungkin bertambah popular. Pemimpin birokrat agama pun mungkin popular bila bercakap pasal Sajat.

Tetapi apalah ertinya popular dalam kalangan yang hidungnya dicucuk hedomisme? Sajat hanya ikon hedonisme yang sama sekali tidak boleh dijadikan teladan.

Janganlah ada pihak yang hendak tumpang sekaki menganjurkan forum itu dan ini seolah-olah Sajat pencetus isu nasional. Malah mulai sekarang media perlu berhenti menjadi pelobi hedonisme yang membesar-besarkan isu Sajat.

Maka usah terlebih memberi tumpuan pada isu remeh Sajad kerana banyak lagi isu Islam yang menuntut tumpuan dan perhatian.

Watak-watak seperti Sajat sudah berulang kali wujud malah akan terus wujud. Kita perlu bijak menguruskan, pada masa yang sama memastikan tidak ikut ‘menari’ mengikut rentaknya. (Kredit gambar MStar)

kredit: kuseman.com

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a