Persis bidadari! Video wanita berniqab di pantai raih hampir sejuta tontonan, tapi pegang iPhone ‘cover’ tudung jadi bualan Skip to main content

Persis bidadari! Video wanita berniqab di pantai raih hampir sejuta tontonan, tapi pegang iPhone ‘cover’ tudung jadi bualan

RAKAMAN memaparkan seorang wanita berniqab, berpakaian serba putih di pesisir pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang ternyata mengundang perhatian ramai netizen.

Dalam tempoh tiga hari selepas dikongsi di TikTok, video melibatkan gadis yang dikenali sebagai Ashaly Abd Aziz itu menerima hampir sejuta tontonan.

Paling mencuri tumpuan apabila segelintir netizen meninggalkan komen, menyifatkan gadis berusia 21 tahun itu persis bidadari.

"Sebenarnya video itu merupakan sebahagian sesi photoshoot bersama seorang jurugambar di Teluk Cempedak. Photoshoot secara suka-suka sahaja.

"Ketika itu saya berpakaian serba putih. Tak sangka akan viral macam ni. Saya pun terkejut. Mengenai komen-komen tu, saya tak rasa yang saya ni bidadari.

"Saya bukanlah begitu. Cuma jurugambar tu buat kerja dengan hebat sehingga dapat hasil macam tu," ujarnya kepada mStar.

Telefon iPhone 12 Pro yang dipegang Asya dalam video itu turut menjadi bahan kecaman netizen.

Mesra disapa Asha, model sambilan dan ahli perniagaan itu turut menerima kecaman netizen selepas video itu meraih perhatian ramai.

Namun kata Asha, itu bukanlah kali pertama dia berdepan komen negatif di media sosial.

"Disebalik pujian, ada juga yang kecam. Dalam video tu, saya ada pegang telefon Apple iPhone 12 Pro. Orang kata saya nak menunjuk-nunjuk.

Ramai juga yang mesej dan tanya di Instagram mengenai cara untuk istiqamah dalam menutup aurat. ASYA

"Sedangkan pada waktu itu, angin sangat kuat dan saya hanya nak cover tudung saya. Telefon tu memang ada pada tangan saya.

"Tapi saya biarkan saja komen begitu. Sebelum ini pun saya pernah kena kecam. Apabila orang komen, saya hanya ambil positif untuk perbaiki diri," ujarnya.

Bercerita mengenai dirinya, Asya berkata dia mula terbuka hati untuk berniqab ketka masih bersekolah.

Model sambilan itu mula berniqab sejak tahun 2016.

Jelasnya, dia mengenakan niqab sejak 2016 dan turut terbuka berkongsi pengalaman jika ada kaum hawa yang menghubunginya untuk bertanya mengenai isu aurat dan penghijrahan.

"Ramai juga yang mesej dan tanya di Instagram mengenai cara untuk istiqamah dalam menutup aurat. Sebenarnya sejak zaman sekolah lagi saya ada perasaan untuk berniqab.

"Masa tingkatan empat saya dah mula berniqab. Tapi pergi sekolah saya tak pakai masa tu. Alhamdulillah, ramai bagi sokongan sebenarnya.

"Ada juga kawan-kawan yang ikut saya berniqab," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Sebahagian komen yang ditinggalkan di TikTok wanita itu.

Kata Asya, dia juga banyak menghasilkan video di TikTok untuk memberi inspirasi dan mesej mengenai fesyen wanita muslimah.

"Mungkin pada mata sesetengah orang, kami yang berniqab ni macam makcik-makcik, tak lawa dan sebagainya. Saya buat video untuk tarik perhatian wanita bagi menutup aurat.

"Walaupun menutup aurat, kita masih boleh bergaya sebenarnya," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Asya memiliki lebih 274,000 pengikut di TikTok.

Sumber: mstaronline

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari