Persis Kak Yatie, Tak Sangka Ini Status Sebenar Cikgu Viral “Jangan Makan Dulu” Skip to main content

Persis Kak Yatie, Tak Sangka Ini Status Sebenar Cikgu Viral “Jangan Makan Dulu”

Tak dinafikan bukan mudah sebenarnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang tenaga pengajar. Tidak kiralah sama ada guru di peringkat sekolah rendah ataupun pensyarah di menara gading, setiap karier itu berdepan cabaran yang tersendiri.

Wajah cikgu viral suara petir “jangan makan dulu” dipuji persis kakak Dato’ Aliff Syukri 

Samalah seperti gelagat seorang guru wanita yang tular ketika mengagihkan makanan dalam bilik darjah baru-baru ini. Siapa sangka disebabkan nada suaranya yang ‘garau tapi comel’ ketika menegur murid-murid tersebut telah berjaya raih lebih 16 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok. Malah ramai netizen yang tertarik dengan kecantikannya yang dikatakan persis usahawan terkenal Noor Hayati Kamarzaman.

@dianjaunahcantikkaya

Buang habuk sikit. Fuhh fuhh

♬ original sound - DianJaunahCantikKaya

Pendedahan status buat ramai tak percaya…rupanya dah bergelar ibu 2 anak 

Selepas penangan viral tersebut, dia kini tampil mendedahkan serba-sedikit tentang latar belakang hidupnya. Selain baru berusia 33 tahun, rupa-rupanya Cikgu Herdiana sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 2 cahaya mata yang sangat comel. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia perguruan, dia kini mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris untuk murid Tahun 1 dan 2.

@dianjaunahcantikkaya

Tak reti. Tapi boleh tak camni? 😜

♬ Figurinha - Ao Vivo - Douglas & Vinicius

@dianjaunahcantikkaya

A week in 15sec

♬ Tak Kisah Pun (feat. Akwa Arifin) - Najwa Latif

Ingatkan single lagi, selalu maintain ramping & cantik…English teacher memang fashionable 

Pendedahan itu sekali gus membuatkan netizen tak percaya kerana ramai menyangka dia masih bujang dan umur 20-an lagi. Di samping memuji kecantikan dan profesionalisme Cikgu Herdiana, mereka turut berseloroh guru English memang biasanya pandai berfesyen


Sumber: Kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a