Umum tahu isu saman menyaman Ali Puteh dan kakak iparnya, Nur Hidayah yang hangat diperkatakan sekitar akhir tahun lalu. Terdahulu, lelaki ini telah mengeluarkan saman sebagai tindakan balas wanita yang terlebih dahulu mengeluarkan saman dengan tuntutan jumlah mencecah RM900,ooo.
Isu dah didengar di hadapan hakim…patutnya September lepas
Menurut Ali Puteh, isu saman berkenaan sudah diperdengarkan di hadapan hakim secara atas talian pada 16 dan 17 Februari lalu. Walau bagaimanapun, selebriti ini tidak dapat berkongsi lebih kerana isu ini masih berjalan serta perbicaraan selanjutnya akan diadakan pada Mac 17, 18, 19 dan 29 Mac nanti.
Tak nak biar maruah keluarga dipijak…berhabisan nak melawan balu Abam Bocey
Berikutan dengan itu, Ali Puteh memuat naik status di Instagram untuk ditujukan kepada netizen yang tidak mempercayainya selama ini. Pernah dituduh penakut untuk hadir ke mahkamah untuk tuntutan faraid, dia menjelaskan bahawa ia tidak ada sebarang kaitan dengannya. Oleh sebab itu, selebriti ini membuat keputusan untuk tidak hadir.
Tunggu Ali cakap macam ini baru nak percaya…dari awal saya nampak side Abang Ali betul
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan padu terhadap lelaki ini supaya menegakkan keadilan yang sebenar. Bukan itu sahaja, mereka malah berharap kebenaran yang sebenar akan terbongkar tidak lama lagi.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment