Kuala Lumpur: Seorang pekerja pemasangan memberi alasan mahu mengelak hujan yang mendorongnya membina 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 miliknya sejak tahun lalu.
Malah, 'bumbung' yang dibina sendiri oleh lelaki berkenaan turut dilengkapi dengan penggilap cermin (wiper) di bahagian hadapan.
Lelaki berusia 52 tahun itu berkata, dia mengeluarkan modal sebanyak RM300 bagi membeli komponen digunakan bagi membina bumbung berkenaan.
"Bumbung ini saya pasang sendiri sejak tahun lalu kerana mahu mengelak hujan. Walaupun saya tahu tindakan ini salah, namun saya yakin struktur ini kukuh.
"Sepanjang tempoh saya pasang struktur ini, saya tidak pernah disaman pihak berkuasa. Ini adalah kali pertama," katanya ketika ditemui di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, hari ini.
Lelaki berkenaan antara individu yang disaman kerana kesalahan mengubah suai struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan dalam Operasi Kesalahan Teknikal (Motosikal) di lokasi terbabit yang bermula 3 petang tadi.

Sumber: Harianmetro
Comments
Post a Comment