Baik lelaki mahupun wanita, setiap orang mesti pasang impian untuk membawa hubungan cinta hingga ke jenjang pelamin kan? Namun tak semua yang kita rancang mampu bertukar jadi kenyataan, kerana Tuhan lebih tahu soal jodoh yang terbaik untuk setiap hamba-Nya
Majlis dah dekat…tapi bakal pengantin ditinggalkan kerana kembali pangkuan cinta lama
Itulah situasi menimpa seorang wanita yang terpaksa akur apabila impiannya untuk bergelar isteri kepada jejaka pilihan terputus di tengah jalan. Kisah tersebut dikongsi oleh jurufoto yang dikenali sebagai Bro Sayap atau Faris menerusi Facebooknya semalam. Lebih menyayat hati, individu bernama Jannah tersebut ditinggalkan oleh bakal suami yang kembali pada pangkuan cinta lama meskipun tarikh majlis pernikahan mereka bakal tiba tak lama lagi.
Tetap kuat teruskan sesi photoshoot walaupun cuma berseorangan..
Walaupun diduga sedemikian rupa, namun Jannah tetap meneruskan sesi photoshoot yang telah ditempah walaupun tanpa kehadiran bakal suami. Meskipun cantik menggayakan busana pengantin berona biru, namun ekspresi wajah wanita tabah ini nyata memendam 1,001 perasaan yang tidak terungkap.
Kenapa tergamak ubah fikiran last minute macam tu? Moga bertabah & you deserve someone better
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata sebak mengetahui kisah di sebalik semua hasil gambar kenangan tersebut. Selain mengkritik tindakan bakal suami yang lari di saat-saat akhir, mereka tetap mendoakan Jannah agar kuat hadapi ujian tersebut dan berharap agar dikurniakan jodoh yang lebih baik nanti.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment