Apabila tamatnya sesi persekolahan, setiap murid ada cara tersendiri dalam meraikan kebebasan itu.
Pada hari terakhir atau biasanya disebut last paper, murid-murid pastinya akan merakam foto kenangan bersama rakan mereka. Malah, ada yang turut menconteng un.iform sekolah mereka dengan pelbagai lukisan, tandatangan dan kata-kata.
Dalam minggu ini, kita melihat perangai pelajar selepas SPM yang boleh dikatakan biadap menjadi perbualan masyarakat Internet. Ada pelajar yang menconteng bajunya dengan kata-kata kesat dan ada yang membuang buku di sungai.
Saya tak akan bercakap tentang akhlak dan ilmu kerana akhlak sudah ditekankan serta diulas mereka yang lebih layak. Kali ini saya akan membincangkan tentang perbuatan menconteng baju seragam sekolah selepas tamat belajar.
Di sekolah saya sendiri ramai yang buat budaya ini. Saya sendiri tidaklah, nanti ibu dan ayah marah sebab buat perkara tak berfaedah. Perbuatan menconteng itu sendiri salah sebenarnya dan itu merupakan antara titik permulaan kepada kebiadaban generasi hari ini.
Kenapa Tidak Boleh
K.ufur nikmat, pendek ceritanya salah guna nikmat. Dalam k.onteks perbincangan kita, baju seragam sepatutnya digunakan bersekolah tapi dijadikan kanvas untuk menc.onteng lagilah berdosa kalau m.aki cikgu. Bukan senang ibu bapa mahu membeli satu baju seragam tu, duhai adik.
Menerapkan nilai vandalisme atau bahasa Melayu bakunya laku musnah. Ya….ya.. saya tahu mesti ada yang mempertikai ini bukan vandalisme,.. tapi nilai vandelisme tetap ada iaitu merosakkan harta benda.
Lepas ni mesti ada yang kata “Biasalah tu anak muda, kamu pun pernah berdarah muda juga. Biarlah mereka mengeksperisikan diri mereka. Kamu ni kolot la.”
Ceh…menghalalkan perbuatan tak betul atas nama ‘darah muda’. Merokok dibiar, dating dibiar semua yang ni di’benar’kan dengan lesen “biasalah darah muda”. Di mana maju nya perbuatan menconteng baju jika kamu kata saya yang menegur perbuatan menconteng baju ini salah?.
Membenarkan atau membiasakan perkara tidak betul ini akan memberi kesan jangka masa panjang yang tidak sihat.
Dipendekkan cerita, contengan memaki cikgu pada baju sekolah hanyalah upgrade daripada menconteng baju. Tidak terbayang lagi kebiadaban lebih buruk apakah yang akan berlaku jika terus dibiarkan.
Pelajar Conteng Baju
Pakaian boleh digunakan untuk sambung belajar. Ya, jika anda rasa nak sambung belajar, kemeja putih/baju kurung putih menjadi kewajipan untuk sesi ikrar pelajar di universiti.
Setakat ni UPM memang mewajibkan pelajar gunakan kemeja putih/baju kurung putih untuk sesi ikrar pelajar. Begitu juga IPG, saya tahu sebab adik saya masuk IPG. Senang cerita simpanlah elok baju tu kerana memang akan digunakan dalam masa terdekat. Jangan membazir.
Sedekah jariah
Ya betul pelajar (atau ibu bapa mereka) boleh dapat pahala berterusan, selagi baju itu digunakan.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” R.iwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
“Tapi bang, baju tu akan rosak juga akhirnya, baju tu bukan boleh bertahan sampai saya tua apatah lagi mati.”
Meh saya balas balik “ Kamu pasti ke kamu masih hidup esok?” Walaupun baju itu akan rosak juga akhirnya, namun itu lebih baik daripada melakukan perkara kufur nikmat dan adalah sikit bekalan sebelum mati.
Kesimpulanya, jangan biasakan perbuatan yang tidak betul, kalau tidak mahu dalam jangka masa panjang masyarakat jadi tidak betul. (tak terkawal, saja buat gitu nampak puitis sikit). Nak selesai masalah selesaikan akarnya bukan daun dan pucuk.
Dik hati-hati dengan dunia fatam.organa ni. Atau orang zaman sekarang panggil dunia tipu-tipu (itu saja ka perbendaharaan kata). Tak payah ikut b.udaya tak berfaedah gini.
Kredit : MuhammadFakhruRaziIsmail
Comments
Post a Comment