Selepas ulangi ikrar keluar Islam, Sajjad Murtad letak satu simbol pada akaun Tiktok Skip to main content

Selepas ulangi ikrar keluar Islam, Sajjad Murtad letak satu simbol pada akaun Tiktok

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.

Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya.

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial berhubung pengakuan Muhammad Sajjad untuk keluar daripada agama Islam.

Bagaimanapun, tarikh muat naik video berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada ia video baharu atau lama.

SAJAT LETAK SIMBOL PADA AKAUN TIKTOK

Selain dari Instagram dan Facebook, Sajat juga mempunyai akaun Tiktok. Netizen telah screenshot status terbaru Sajat di Tiktok.

Satu simbol seakan akan lambang salib telah diletakkan di akaun Tiktok Sajat.

Komen Ntizen:

Pada Sabtu, satu serbuan dijalankan pihak berkuasa di kediaman usahawan kosmetik berkenaan terletak di Seksyen 10, Kota Damansara kira-kira jam 9 malam bagaimanapun usahawan tersebut tidak ditemui.

Dalam pada itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad sebelum ini berkata, hanya sekitar empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dalam satu-satu masa.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita dalam kejadian tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

KKKM Sedia Membantu

“Kita (Kementerian K.omunikasi dan M.ultimedia – KKMM) sedia memb.antu untuk meng.esan dia (Sajat) kerana dia memperm.ain dan memp.ersenda a.gama. Buat masa ini biarlah p.ihak berk.uasa a.gama dan polis cari dahulu dan jika ada apa-apa keperluan, ke.menterian ini sedia memb.antu,” kata Timbalan Menteri K.omunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, pihaknya bersedia bekerj.asama dengan Jabatan A.gama Islam Selangor (Jais) dan polis untuk meng.esan l.okasi u.sahawan k.osmetik itu.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a