“Setiap hari Hannah menangis, mahu berbaik dengan ibu kandung..” – Ibu mentua Skip to main content

“Setiap hari Hannah menangis, mahu berbaik dengan ibu kandung..” – Ibu mentua

Ibu mentua kepada Hannah Delisha iaitu Mariana Yati mendakwa hubungan aktres tersebut dengan ibu kandung, Noor Ashikin Ahmad telah keruh sejak dahulu lagi.

Menerusi laporan mStar Online, Mariana yang juga pelakon di Singapura turut meluahkan rasa simpati dengan apa yang menimpa menantunya itu.

“Hannah tu budak baik. Kasihan saya tengok, setiap hari dia menangis dan berdoa agar hubungannya dan ibu kembali pulih.

“Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami telah selamat disatukan. Doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Siapa kita nak menolak takdir, ketentuan dan jodoh ditetapkan Allah,” katanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi kononnya Noor Ashikin tidak merestui perkahwinan anak perempuannya selepas berkongsi posting kata-kata puitis di laman Instagram.

Mariana berkata, perkahwinan Hannah dan suami Imam Shah dilakukan tanpa paksaan dan atas kehendak pasangan itu sendiri.

“Sampai hati dia (ibu Hannah) cakap macam tu, ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan mengenai tarikh sebenar perkahwinan pasangan tersebut sebaliknya memohon agar semua mendoakan kebahagiaan anak dan menantunya.

Terdahulu, netizen membongkar tarikh sebenar pasangan berkenaan dengan mendakwa Hannah dan Imam telah berkahwin pada tahun lalu.

Ini kerana gambar pelakon, Eleena Sui yang menjadi salah seorang tetamu majlis kahwin yang ‘berlangsung’ pada 19 Februari 2021 pernah berkongsi sebuah posting dengan persalinan sama bertarikh 19 Februari 2020.

Kahwin bulan lepas?

Atau tahun lepas?

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru