Telah lama menjalinkan hubungan cinta serta berjanji untuk ke jinjang pelamin, setiap orang pasti menantikan detik bahagia tersebut dengan penuh debaran. Tidak pernah terfikir akan dikecewakan, gadis ini menangis sedih teringat kenangan bersama tunangnya dahulu.
Lepas geram pada punching bag…tunjuk perasaan dari sedih hingga bangkit semula
Kelihatan sedang menumbuk punching bag sehingga terduduk, Nurul Nazira seolah-olah sedang cuba untuk melepaskan geram serta perasaan yang terbuku di hati. Bukan sahaja dilihat membuang barang daripada insan tersayang, malah gadis itu juga menunjukkan reaksi mukanya yang seakan menggambarkan kekecewaan sebenar.
Dapat tahu tunang kahwin dengan orang lain…terlampau sayang sebab dah 9 tahun bercinta
Ketika ditanya tindakan berbuat demikian dalam temubual bersama mStar Online, model sambilan itu memberitahu dia kecewa apabila menerima berita tunangnya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan orang lain. Sudah 9 tahun menjalinkan hubungan percintaan, dia juga mengakui terlalu menyayangi jejaka berkenaan.
Pakai baju kahwin seorang diri…shoot gambar kahwin seorang diri tanpa suami di sisi
Biarpun lelaki tersebut tidak menjadi miliknya, dia ingin menepati janji mereka untuk mendirikan rumah tangga dengan memakai busana perkahwinan seorang diri. Bukan itu sahaja, Nurul Nazira juga memberitahu telah mengambil gambar kahwin tanpa jejaka yang dicintai di sisi.
Comments
Post a Comment