Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu petang semalam, lapor Bernama.
Lebih memilukan apabila mangsa, Ami Azzizol Abu Bakri baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya Syarifah Ramli enam hari lalu.
Menerusi laman Facebook, berita duka itu dikongsi kakak ipar mangsa Asma Ramlee dengan memuat naik sebuah posting berdoa agar urusan pencarian Ami atau dikenali sebagai Ijo dipermudahkan.
Tiada daya upaya kami selain Allah
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pencarian mangsa disana... Tiada daya upaya kami selain dgn...
Posted by Asma Ramlee on Saturday, March 27, 2021
Adik ipar saya lemas di Tasik Kenyir, jasadnya masih belum ditemui. Baru 6 hari dorang kahwin, berat ujian ni buat kami sekeluarga.
“Minta kawan2 doakan urusan pencarian mangsa dpermudahkan… Aamiin ya rabbal alamin,” tulisnya dengan berkongsi gambar pengantin baru.
Selain itu, beberapa tangkapan skrin status WhatsApp dipercayai luahan hiba isteri mangsa yang berusia 22 tahun itu turut tular sehingga mengundang sebak orang ramai.
Mohon doa semua…
Asalamualaikum sahabat.. Good pagi.. Sahabat mohon doa kn utk adik ipar Moga di permudah kn urusan mencari mangsa #tasikkenyir
Posted by Junaidi Eddy on Saturday, March 27, 2021
Timbul la… sayang rindu ni
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata beberapa saksi termasuk ahli keluarga dikatakan melihat mangsa berenang dari sebuah rumah rakit untuk mandi di sungai berkenaan.
“Namun tidak lama kemudian, saksi dikatakan nampak mangsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kekejangan otot.
“Seorang daripada saksi terbabit yang juga anak pemilik rumah rakit, dikatakan cuba memberi pertolongan tetapi hampir lemas kerana mangsa memaut belakangnya,” katanya.
Susulan itu, mangsa yang berasal dari Dungun dilaporkan terus tenggelam dan tidak dapat diselamatkan. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment