Aplikasi TikTok tidak dinafikan sudah menjadi antara platform popular untuk pengguna berkongsi video-video menarik. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini ramai pula sengaja memuat naik content rekaan dengan selitan kapsyen yang mengundang kecaman serta fitnah.
Hantar bekas teman lelaki kahwin…Terus jadi bualan hangat di Twitter sebar content macam tu
Terbaru hari ini, tular satu video memaparkan seorang gadis menghantar pengantin lelaki yang diakui sebagai bekas teman lelakinya sendiri ke majlis perkahwinan. Meskipun ruangan komen telah ditutup, namun rakaman berkenaan menjadi bualan hangat di Twitter yang tidak bersetuju dengan penyebaran content seperti itu
Beri teguran supaya jangan timbulkan fitnah…Sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti
Melihat trend berkenaan seperti berleluasa, seorang lelaki dengan akaun @farhaanrahmat tampil memberi teguran. Memandangkan ramai tertanya-tanya apakah hubungan sebenar dua individu terbabit, perkara tersebut tanpa sedar boleh menimbulkan fitnah. Jelasnya lagi, mereka sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat dan juga agama.
@farhaanrahmat Kalau u all, gamak ka nak buat macam ni? #viral #fyp #foryoupage #tiktokmotivasi #tiktokguru #motivasi #nikah
♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti - Anneth
Content sekarang memang bagi orang salah faham…Pastu naikkan view kemudian terus terang
Menerusi update terbaru, difahamkan video yang dimuat naik itu adalah sekadar suka-suka malah rupanya mereka berdua juga adalah adik beradik. Dalam pada itu, rata-rata netizen cukup bersetuju dengan teguran yang diberikan pemuda berkenaan
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment