Apabila keluar dating, sudah menjadi perkara biasa di mana segelintir perempuan beranggapan semua kos perlu ditanggung oleh teman lelaki mereka. Daripada minyak kereta sampailah ke duit makan, boleh dikatakan hampir 100% keluar daripada dompet si lelaki. Namun percaya atau tidak, masih ada wanita yang memiliki tahap common sense tinggi berkaitan isu ini?
Baru perasan awek bagi duit…Sebagai lelaki, rasa bersalah dia bagi duit
Jika anda kurang percaya, perkongsian oleh pemuda dengan akaun TikTok Emiruliman mungkin boleh menjadi bukti. Sesudah habis bertemu dengan teman wanitanya, Emir menemui kepingan duit RM10 yang ditinggalkan di dalam kereta. Sedar bahawa itu merupakan pemberian si cinta hati secara diam-diam, dia mengakui agak serba salah apabila menerima wang sebegitu.
Alhamdulillah syukur dapat wanita macam dia
Walaupun diselubungi rasa bersalah, dia sangat berterima kasih malahan meluahkan rasa syukur kerana memiliki girlfriend seperti itu. Sejak dikongsikan semalam, rakaman berkenaan berjaya meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen.
@emiruliman_ Tapiii sebagai lelaki saya rasa sebersalah dia bagi duit hmm 😭😌 Tapi alhamdulillah syukur dapat wanita mcm dia 😌 #fyp #fypシ
♬ hometown slowed down twenty one pilots - les
Aku pun buat macam ni setiap kali keluar…Jangan tinggalkan dia
Berkongsikan pendapat masing-masing, mereka menyifatkan Emir adalah lelaki yang beruntung kerana menemui perempuan limited edition sebegitu rupa. Ramai yang berharap semoga pemuda ini menghargai temawan wanita itu sebaiknya
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment