[Video] F*CK cikgu dah, skrg buang buku teks dalam sungai pulak Skip to main content

[Video] F*CK cikgu dah, skrg buang buku teks dalam sungai pulak

Astaghfirullahal’aziiiiim… Allahu Robbi, istighfar panjang admin tengok video ni… Ya Robbi, mengapa sampai begitu sekali KEBEBALAN mu wahai bebudak SPM? Apakah engkau berbangga dapat buang buku teks ke dalam sungai kerana dah habis periksa SPM?

Kesian sungguh dengan bebudak SPM ni, apakah kepada golongan seperti ini yang nak kita wariskan negara tercinta ini? Namun demikian, admin percaya bebudak SPM ni sebenarnya cuba melakukan sesuatu yang berlainan utk menyatakan betapa BELENGGU belajar sudah habis buat mereka.

Dan salah satu caranya ialah berkongsi cara yang unik utk menyatakan kepuasan bila sudah tidak terikat lagi dengan alam persekolahan buat sementara waktu. Mereka mencari keseronokan segera dan berkongsi pengalaman ini di medsos mungkin lebih mudah utk dapat perhatian…

Tradisi Pelajar SPM Conteng Baju Sekolah Tapi Tahun Ini Ada Pelajar Conteng Baju Dengan Kata-Kata Kesat Terhadap Guru

Tidak dinafikan bagi pelajar yang sudah mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mereka boleh menarik nafas lega kerana berjaya menghabiskan sesi persekolahan seperti mana yang ditetapkan. Lazimnya, mereka akan meraikan ‘kejayaaan’ dengan mempraktikkan tradisi yang sering dilakukan oleh mana-mana pelajar sekolah yang lain dengan menconteng baju sendiri.

Hal ini disebabkan, mereka tidak lagi perlu memakai uniform tersebut dan bebas daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Walau bagaimanapun, menerusi foto yang dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain membuatkan rata-rata warganet berasa geram melihat ‘telatah’ pelajar tingkatan lima ini, yang disifatkan sebagai biadab.

Pelajar milenial

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat dua baju pelajar sekolah yang diconteng dengan perkataan kesat. Bukan itu sahaja, logo perkataan tersebut juga dipercayai ditujukan kepada guru mereka. Perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku kerana guru merupakan insan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya dalam menyampaikan ilmu kepada anak watan.

Guru mana yang tidak sedih, setelah berpenat lelah mencurahkan ilmu demi memastikan anak didiknya berjaya pada masa depan. Namun, hasilnya cukup mengecewakan!

Adik-adik adalah pewaris Bangsaku.. ‘F*c* Cikgu’ bagai gelap masa depanmu. Bersegeralah kembali dalam jalan hidup sebenar dik. Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidikmu. Abang pernah berada di tempatmu tetapi bukan ini caraku.

Jelas lelaki itu, dia menggesa supaya pelajar-pelajar sekolah ini kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepada guru mereka. Mungkin terlampau teruja, sehinggakan mereka lupa jasa hakiki seorang guru dan meraikan ‘kebahagiaan’ mereka dengan sedemikian rupa.

Respon netizen

Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh hampir 2k pengguna Facebook dan meraih ratusan respon. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar ini yang disifatkan biadab dan sama sekali tidak menghormati guru mereka.

Pada masa yang sama, kejadian seumpama ini menjadi peringatan kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak mereka dalam menghormati orang lain terutamanya insan mulia iaitu cikgu. Benar lah, pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a